Sunday, March 08, 2015

5 Cerita Bogel (3), Cari Jodoh Pun Kena Bogel..


Lima cerita konyol aksi bugil bikin geger dunia
5 cerita bogel depan umum bikin gegar dunia?   
Lihat sambungan dari.. 
Tiga:  Cari  Jodoh Pun Kena Bogel?
SAKING ingin puterinya berkahwin, seorang ibu di Beijing, China, merakam vediokan gambar anak perempuannya berusia 26 tahun bernama Gan Lulu yang sedang berbogel. 

Dia kemudian memuat naik video itu di Internet untuk mencari lelaki yang berminat pada anaknya. 

"Sekarang ini lagi zamannya mencari pasangan buat berkahwin di Internet dan anak saya sekarang sudah berumur. Tetapi saya tidak tahu bagaimana caranya. Jadi saya hanya memuat naik video saja." 

Sebahagian orang menilai perbuatan itu hanya ingin mencari sensasi. Gan Lulu adalah seorang pelakon dan pernah bermain dalam filem Tangshan Earthquake. Namun ibunya dan Gan Lulu yakin video itu dibuat bagi mencarikan dia calon suami.

Ibu dan anak itu kemudian dikecam lantaran video mereka dan akhirnya mereka membuat video lagi yang menjelaskan mengapa mereka membuat video itu. Dalam dua hari ini video mereka ditonton 1.5 juta pasangan mata di laman berkongsi video YouTube.


Kisah cari jodoh..

Kalau menurut Islam, bagaimana? 

Allah SWT berfirman dalam QS : Ar Ruum : 21
  • "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Sudah menjadi sunatullah, Allah menciptakan semua makhluk Nya berpasang-pasangan dan semua manusia pasti ada jodohnya tergantung ikhtiar dari manusia itu sendiri ataupun takdir Allah. Kerana setiap takdir itu..
  • ada yang mutlak (sudah menjadi ketentuan Allah), kita sebagai manusia hanya dapat menerimanya dan 
  • satu lagi adalah takdir ikhtiari, iaitu takdir yang memang boleh diperoleh dengan jalan ikhtiar atau usaha yang sungguh-sungguh.
Solusi:

Jadi, dalam mencari jodoh, ikhtiar yang dapat dilakukan oleh seorang Muslimah ialah..

1. Berdoa kepada Allah agar diberikan jodoh yang baik, misalnya dengan shalat hajat. Allah telah berjanji dalam firmannya bahawa Muslim yang baik akan mendapatkan Muslimah yang baik dan lelaki yang buruk akan mendapatkan wanita yang buruk pula.

Maka tugas seorang muslimah adalah berusaha untuk menjadi Muslimah yang baik, berikhtiar dengan sungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah agar mendapatkan jodoh yang baik dengan cara yang sesuai dengan nilai-nilai Islam.
  • Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…..(QS : An Nuur : 26)
2. Meminta kepada orang tua atau wali untuk dicarikan jodoh yang baik. Dalam Islam sebenarnya masalah jodoh bagi muslimah bukanlah menjadi tanggung jawab diri sendiri tetapi menjadi tanggung jawab orang tua ataupun wali.

Kerajaan Islam Bertanggungjawab Carikan Jodoh

Bahkan pada masa Rasulullah SAW, pemerintah atau kerajaan bertanggungjawab untuk mencarikan jodoh bagi muslim dan muslimah pada masanya. Sehingga seorang muslimah tidak perlu mencari sendiri jodoh untuk dirinya.

Pendekatan khalwat dalam ertikata 'berdua-duan bukan muhrim di tempat sunyi' yang dilakukan sebelum ikatan pernikahan dengan alasan untuk saling mengenal antara keduanya tidaklah sesuai dengan nilai-nilai Islam. Bahkan pendekatan ini tidak selalu menjamin menjadi rumah tangga yang baik kerana biasanya pendekatan yang dilakukan sebelum pernikahan lebih mengedepankan sudut subjektiviti antara keduanya.

3.  Dapatkan jodoh melalui mediator misalnya teman, saudara atau orang lain yang dapat dipercayai.
  • Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya. …(An Nuur : 32-33)

4. Mencari sendiri dengan syarat tidak boleh langsung atau terus tetapi bersama pihak ketiga, Rasulullah SAW. pernah memberikan kriteria untuk menentukan pilihan pasangan hidup bagi seorang muslim-muslimah yang apabila dilaksanakan insya Allah rumah tangga 'Sakinah mawaadah warahmah' akan dirasakan, Amin…
  • "Apabila datang lelaki (untuk meminang) yang kamu ridhoi agamanya dan akhlaknya maka kahwinkan dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang meluas". (HR. Tirmidzi dan Ahmad) à untuk muslimah
Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama agar berkah kedua tanganmu. (HR. Muslim).

5. Jangan putus asa…. Jodoh adalah masalah ghoib yang menjadi rahasia Allah, sebagai manusia hanya boleh berikhtiar dan berdoa. Bagi muslimah yang belum mendapatkan jodoh jangan berputus asa, tetaplah berikhtiar dan berdoa. Sudah menjadi janji Allah bahawa semua makhluknya akan berpasang-pasangan. Hanya Allah yang maha tahu waktu yang tepat untuk jodoh kita masing-masing.

Demikianlah panduan ringkas 5 perkara mengenai cari jodoh.

Setiap orang hendaklah bersungguh-sungguh, baik lelaki mahupun perempuan perlu proaktif dan selektif. Tidak hanya menunggu tanpa ikhtiar, namun mestinya tidak keluar dari norma dan garis syariat. Contohnya, di zaman Rasulullah SAW, ada seorang perempuan yang ‘menawarkan’ dirinya pada Rasulullah, dan Rasul pun tidak memandang hal itu sebagai sesuatu yang hina atau aib.

Agar perkahwinan itu bersemi indah, maka dalam memilih jodoh hendaknya kita sangat mengutamakan ajaran Islam, seperti yang dipesankan Rasulullah SAW. “..lihatlah agamanya maka kamu akan mendapatkan semuanya…”.

Wallahu 'aklam.

Bersambung..

Lihat sebelum ini..
Kisah-kisah Bogel Siri 1 Hingga 3
Kisah-kisah Bogel Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-67: Siri 3

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails