Wednesday, March 11, 2015

Ini Gambar Pelajar Bertudung Tapi Dedah Paha, Gila?


 
KALAU betul dakwaan pemuda PAS mendapat maklumat, terdapat sekolah di Johor memaksa pelajar perempuan beragama Islam memakai seluar pendek ketat menyertai sukan lumba jalan kaki seperti gambar di atas, apakah sekolah di bawah kerajaan tersebut dah gila? 

Kelihatan paha perempuan itu terdedah kepada umum, Na 'auzubillahi minzalik.an

Ketuanya Suhaizan Kaiat memuat naik sekeping gambar memaparkan seorang pelajar memakai tudung, berbaju lengan panjang tetapi berseluar pendek ketat berwarna hitam.


Demikian pandangan Weblog Ibnu Hasyim berdasarkan laporan Malaysiakini. 

Melihat gambar, acara itu berlangsung di sebuah balapan lumba yang mengelilingi sebuah padang. Ia dikatakan berlaku dalam kejohanan anjuran sebuah majlis sukan-sukan sebuah daerah di Johor. Malaysiakini tidak menamakan majlis daerah itu sementara menunggu reaksi daripada mereka.

Ekoran perkara itu, Suhaizan juga mengarahkan Pemuda PAS Johor menyiasatnya dan menyampaikan teguran kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Dalam tulisan lain di Facebook sama, Suhaizan bagaimanapun mengakui bahawa peraturan lumba jalan kaki memerlukan pengadil melihat lekukan lutut peserta untuk membezakan antara berjalan atau berlari. Cara paling mudah, katanya, dengan meminta peserta memakai seluar pendek.

Bagaimanapun, kata pemimpin dewan itu, amalan itu sama sekali bertentangan dengan syariat Islam, khususnya bagi peserta wanita Muslim.

 
“Antara penyelesaiannya adalah memastikan pelajar wanita memakai set lengkap ketat berwarna gelap seperti dalam gambar (sebelah) dan berseluar pendek yang longgar.
“Pihak kementerian pendidikan perlu memberikan perhatian berkenaan isu ini,” katanya lagi
.


Sementara itu, Ismaweb pula melaporkan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru) sebagai menggesa kerajaan menyemak semula peraturan pemakaian sukan sebegitu.

"Kita mahu setiap sukan yang diadakan masih menjaga adab dan sensitiviti umat Islam terutamanya dalam aspek pemakaian.
"Jadi, kita minta kepada pihak bertanggungjawab untuk kaji dan semak semula peraturan seperti itu," setiausahanya Nur Aizam Idris dipetik sebagai berkata. 


Sambung editor weblog Ibnu Hasyim lagi, "Mengapa dikatakan kerajaan gila? Kerana mereka yang mengendalikan kegiatan sekolah tersebut seolah-olah jahil dalam agama rasmi bagi negara mereka sendiri!"
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails