Saturday, March 14, 2015

Ahli PAS Perlu Berani Tegur Presiden, Hanipa Maidin Akan Dipanggil.


KOTA BHARU: PAS akan memanggil Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin (gambar) yang dikatakan lantang menyuarakan pandangannya termasuk kenyataannya yang menasihati semua ahli PAS agar lebih berani dalam memberi teguran kepada Presiden Datuk Seri Hadi Awang, demi kebaikan parti.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, beliau akan mendengar sendiri kenyataan dari Hanipa dan tidak melalui kenyataan yang dikeluarkan media.

“Saya akan panggil dia (Hanipa) untuk mendapatkan penjelasan sebenar apa-apa yang awak dilaporkan dan mendapatkan penjelasan sebenar apa yang dia cakap,” kata Mustafa.

Mustafa berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bulanan PAS Pusat yang turut dihadiri oleh Presiden dan Timbalan Presiden Mohamed Sabu yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di sini petang tadi.

Hanipa sebelum ini berkata ahli PAS diminta lebih berani menegur presiden. Malah, beliau berkata, mereka yang tidak mahu menyuarakan kelemahan pemimpin, adalah kalangan yang merosakkan parti itu sendiri. Beliau berpegang kepada prinsip jangan menyokong presiden kepada membawa rebah.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mustafa menjelaskan ahli PAS di seluruh negara kini berjumlah lebih 1 juta 3 ribu orang. Jumlah ini melebihi sasaran yang ditetapkan PAS.

Berita ini diangkat dari kedahlanie.info.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails