Wednesday, March 11, 2015

Haron Din Dilantik Mursyidul Am Pas, Peluang A/Hadi Belum Tertutup..


Majlis Syura PAS pada Ahad lepas sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am parti yang baharu bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis itu, yang terdiri daripada 15 anggota mewakili pelbagai pihak, membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur. Mereka turut melantik pemangku ketua Dewan Ulama PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob sebagai timbalan mursyidul am PAS.

Penolong setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dicapai berdasarkan perlembagaan PAS yang memberi kuasa kepada seluruh anggota Majlis Syura melantik individu paling layak mengetuai mereka sebagai mursyidul am.

"Berdasarkan perlembagaan parti, Majlis Syura akan menentukan jawatan itu (mursyidul am dan timbalan) setiap lima tahun," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Jawatan mursyidul am PAS kosong berikutan penyandangnya, Nik Aziz, yang juga bekas menteri besar Kelantan meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas. Allahyarham Nik Aziz menyandang jawatan mursyidul am sejak 1995.
- Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Namun peluang Presiden PAS sekarang Abdul Hadi, untuk ke jawatan itu masih belum tertutup, seperti yang dikehendaki oleh beberapa kalangan.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails