Monday, March 09, 2015

Negara Islam, Tapi Rakyatnya Boleh Dipaksa Jadi Pelacur?


Rakyat bebas boleh dipaksa jadi pelacur, apa punya kerajaan, tak punya malu?

KL: Di zaman Malaysia bebas aman merdeka seperti sekarang, rupanya masih ada manusia yang boleh dipaksa jadi pelacur. Peminjam wang tidak berlesen ataupun ah long sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjadikan mangsa sebagai pelacur untuk mendapatkan balik wang mereka.

Mangsa yang tidak mempunyai wang untuk membayar balik pinjaman diminta melakukan khidmat seks di rumah pelacuran sebagai gantian untuk membayar balik hutang mereka.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) Samsudin Mohamad Fauzi berkata, sepanjang tahun lepas, PKP menerima tiga aduan berbeza daripada wanita berumur awal 30 tahun, yang ditawarkan kaedah pembayaran tersebut.

“Mangsa yang ketakutan tanpa berfikir panjang bersetuju menjual kehormatan mereka sebagai tukaran untuk membayar hutang kepada ah long.
“Mereka memberitahu PKP menerima panggilan daripada sebuah rumah pelacuran tidak sampai 15 minit selepas bersetuju dengan tawaran ah long,” katanya.

Mana kewibawaan sesebuah negara, rakyatnya boleh dipaksa jadi pelacur? Siapa lebih berkuasa, kerajaan atau ah long? Mana kementerian wanitanya? Bahagian agama, kebajikan atau pihak berwajib? Negara Islam, bertamadun dan anti perhambaan konon! Kerajaan tak punya malu? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails