Wednesday, March 11, 2015

Lawan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tolak Pencalonannya.


Ganti Hadi: Terima kasih calonkan saya, tetapi saya tolak - Tuan Ibrahim
Ganti Hadi: Terima kasih calonkan saya, tetapi saya tolak - Tuan Ibrahim

KL: Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menolak pencalonan untuk mencabar Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau merasakan percalonan itu tidak membina keutuhan parti itu.

"Pencalonan saya untuk mencabar Hadi Awang sebagai Presiden merupakan satu kejutan. Dalam sejarah kepimpinan PAS, jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya di era Kepimpinan Ulamak.
"Saya melihat manisnya jika kita yang  mendokong kepimpinan Ulamak, terus mengekalkan budaya tersebut. Dalam PAS jawatan bukanlah menjadi rebutan sebagaimana parti lain. Pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat'( berlumba melakukan kebaikan)," tambah beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kepimpinan Hadi Awang telah menunjukkan kejayaan dan prestasi yang sangat hebat.

"Kalau Kesatuan Ulamak Sedunia mengangkat beliau (Hadi) sebagai orang nombor dua di dunia, apakah wajar kita mencadangkan untuk menggantikan beliau? Saya bimbang kita memberi isyarat yang tidak baik kepada masyarakat luar.
"Walaupun atas nama memenuhi tuntutan demokrasi, namun kedudukan 'syura' lebih mulia dari demokrasi. Kalau syura adalah jalan terbaik, maka sewajarnyalah kepimpinan parti diselesaikan secara syura.

Beliau berkata berdasarkan pencalonan dari PAS Kawasan Kota Bharu, beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi.

"Namun saya menolak pencalonan tersebut dan menyeru semua kawasan lain agar terus mendokong kepimpinan Hadi sebagai Presiden parti.
"Biarlah orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata begitu," tambah beliau.

Sebelum ini Tuan Ibrahim dicalonkan Pas Kawasan Kota Bharu untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas pada muktamar parti itu awal Jun ini. Pengumuman pencalonan tersebut dibuat yang dipertuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu mesyuarat khas Isnin.
(astroawani)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails