Thursday, March 12, 2015

Ini, Coklat Muka Babi, Masih Bertujuan Hina Islam?


Coklat Cadbury yang memapar muka babi dikatakan tersebar di pasaran tempatan dan menimbulkan kebimbangan masyarakat - Gambar Facebook Rashidah Yusoff

KL: 'Coklat Muka Babi' dilaporkan sudah berada di pasaran negara ini.
"Adakah pasarannya di negara ini ada kaitan atau lanjutan dalam usaha menghina Islam dan Nabi SAW yang berlaku  di Paris di mana pejabat  Charlie Hebdo diserang sekumpulan lelaki bersenjata dan bertopeng pada Januari lalu?" Ramai yang bertanya.

Demikian tinjauan dari Weblog Ibnu Hasyim.

Tetapi menurut astroawani.com "Cadbury Malaysia menafikan coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera gambar babi adalah produk keluarannya."

Ketua Perhubungan Hal Ehwal Korporat Cadbury, Raja Zalina Raja Safran berkata, ia merupakan produk import dan bukan dihasilkan di negara ini.

"Produk ini diimport pihak ketiga yang bebas mengimport mana-mana produk keluaran luar negara.
"Pengimportan atau pembelian mana-mana coklat keluaran Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak Cadbury Malaysia dan kami tidak mempunyai hak untuk menyekat mahupun mengawal mana-mana pihak yang ingin membeli dan menjual produk-produk tersebut.
"Sekiranya pengguna ingin maklumat lanjut tentang produk tersebut sila hubungi pihak penjual,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Zalina coklat Cadbury keluaran Malaysia adalah dijamin halal dan pengguna dinasihatkan hanya memilih coklat Cadbury keluaran Malaysia bagi mengelak berlakunya sebarang pembelian yang mengelirukan.

Presiden, Kesatuan Ilmuwan Islam dan Pendakwah Dr. Zaharuddin Abd Rahman dilaporkan berkata, coklat Cadbury yang dihasilkan di Malaysia adalah mematuhi garis panduan ketat yang diperkenalkan JAKIM dan JAIS.

"Begitu banyak perhatian ditumpukan kepada seluruh proses pengeluaran di kilang ini bagi memastikan kebersihan mesin dan kebersihan pengendalian bahan mentah.
"Maka, tiada sebarang kemungkinan perkara-perkara yang luar biasa boleh berlaku. Kami juga dimaklumkan bahawa 80 peratus daripada pekerja yang memberi khidmat dalam kilang tersebut merupakan Muslim dan sebahagian daripada mereka telah bekerja di kilang Cadbury melebihi 20 tahun.

"Maka keraguan yang tersebut di atas kini sudah terjawab, Al-hamdulillah!"  dari Weblog Ibnu Hasyim. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails