Sunday, January 11, 2015

Suspek 'keganasan' di Paris Berjaya Lolos. Siapa Dia Dulunya Berbikini?

Anggota ISIS ikut sandera toko Yahudi dulunya gemar pakai bikini
Gambar pasangan penawan tebusan Perancis ini dulunya, sekarang anggota ISIS yang berhijab.

Paris: Hayat Boumeddiene adalah satu-satunya suspek yang disebut 'keganasan' di Paris, Perancis, telah berjaya lolos dan menghilangkan diri setelah penyerbuan polis malam tadi. Siapa sangka, ahli ISIS cawangan Eropah ini dulunya wanita sekular.

Dalam foto yang kini beredar, dia memeluk seorang lelaki dan memakai bikini. Inilah wanita yang paling dicari di seluruh Negeri Menara Eiffel itu. Selain tebusan kedai layan diri Yahudi, Boumeddiene dijangka terlibat dalam pembunuhan polis wanita dua hari sebelumnya bersamaan dengan serangan Tabloid Charlie Hebdo.

Suaminya, Amedy Coulibaly, adalah pendatang Senegal yang terlibat rangkaian ISIS. Dia pernah dipenjara pada 2007 kerana terlibat rangkaian teroris. Coulibaly mati ditembak selepas kes tebusan semalam. Dalam keadaan kacau penyerbuan polis itu, wanita keturunan Tunisia ini berjaya menghilang. 
 

"Boumeddiene berjaya lari kerana dia jadi salah satu tebusan, jadi polis bercelaru." ujar salah satu polis setempat seperti yang lapor dari Daily Mail, Sabtu (10/1).

Pasangan suami isteri ini berkahwin secara legal di Perancis. Selepas berkahwin dengan Coulibaly, Boumeddiene tidak pernah sekalipun kelihatan tanpa hijabnya. Ia menjadi jihadis sejak itu. Sebelum jadi jihadis dan mengenakan hijab, Boumeddiene bekerja sebagai juruwang dengan gaji minimum di pinggir Bandar Juvisy, Paris pada 2009.

Seperti diberitakan sebelumnya, dua bersaudara Cherif Kouachi dan Said Kouachi yang menyerang pejabat Charlie Hebdo, akhirnya tewas. Dua pelaku keturunan Algeria dan pernah dilatih Al Qaeda Yaman ini menembak polis, lalu dibalas balik.

Dalam waktu bersamaan, usaha penawanan dua orang tebusan satu pasar raya milik Yahudi juga berjaya diakhiri, walaupun orang awam ikut tewas dan terkorban. Insiden ini lebih berkaitan dengan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS). Total lima orang terbunuh, termasuk pelaku bernama Amedy Coulibaly.

Polis Perancis belum menyimpulkan dua insiden tebusan itu berkaitan kerana latar organisasi para militan berbeza. Tapi kepada perunding sebelum diserbu, Coulibaly menuntut Kouachi bersaudara dilepas hidup-hidup. (IH)
 


Lihat sebelum ini..

2 comments:

maae said...

Mereka sendiri yang cipta... wajarkah tuding jari ?

Anonymous said...

Boleh percaya ke penyerang Charlie Hebdo ni betul-betul berjihad ? Cara mereka ni tak betul dan tidak dibenarkan dalam Islam. Masa Rasulullah SAW masih hidup dan berdakwah di kota Mekah baginda tidak sekali pun marah walaupun sentiasa dihina oleh musyrikin Quraisy malah selepas menakluki kota Mekah baginda memaafkan kesalahan puak musyrikin Quraisy(masih kafir lepas dimaafkan baru musyrikin Quraisy Mekah ni memeluk Islam) walaupun baginda berkuasa membalasnya ketika itu. Satu lagi kalau betul Islam ni suruh bunuh orang yang hina Nabi kenapa di Malaysia ni pemimpin-pemimpin negara seperti Dr. Mahathir yang selalu hina Islam dan Nabi Muhammad tapi tidak ada seorang umat Islam disini yang berani cuba membunuh para pemimpin ni ? Disebabkan tindakan gila penyerang-penyerang Charlie Hebdo ni seorang wanita muslim yang mengandung di Perancis telah diserang sehingga cedera parah dan keguguran, selepas ini lebih banyak lagi serangan secara halus dan kasar ke atas Islam akan berlaku di Eropah dan Islamophobia akan menjadi lebih teruk. Ramai umat Islam di dunia yang nak berjihad tapi tidak faham maksud jihad yang sebenarnya disebabkan kurang ilmu yang akhirnya buat perkara yang dilarang atas nama Islam dan memberi kesan buruk ke atas Islam. Kalau betul sangat nak berjihad dalami dahulu ilmu tentang jihad dan sebesar-besar jihad adalah jihad melawan hawa nafsu diri sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails