 Seorang pejuang Isil memegang bendera dan senjata di sebuah jalan di bandar Mosul. – Gambar oleh Reuters, 25 Jun, 2014. Wisma
 Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia 
terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan 
aktiviti jihad kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil),
 kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda.
 Seorang pejuang Isil memegang bendera dan senjata di sebuah jalan di bandar Mosul. – Gambar oleh Reuters, 25 Jun, 2014. Wisma
 Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia 
terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan 
aktiviti jihad kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil),
 kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Luar mengesahkan dakwaan dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun. Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.
"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.
“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.”
Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) terlibat dengan aktiviti keganasan di kedua-dua negara tersebut.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran pada pertengahan bulan ini rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.
Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di negara Timur Tengah itu. – 25 Jun, 2014. (TMI)
 
 

1 comment:
jihad seekor pekerja kilang bengong ni level manusia bengo dop pandai ilmu peperangan untuk jadi komander tentera yang hebat. dia hanya sekadar balaci pak arab duk bunuh diri dengan buat pengeboman bunuh diri sahaja. takkanlah orang yang bunuh diri pakai bom ni boleh masok syorga. syorga tu tempat orang pengecut duk jadi pengebom bunuh diri. MATI ITU MUDAH SAHAJA!!! sapa sapa pun boleh jadi pengebom bunuh diri balaci bangsa arab babi laknatullah. HIDUP ITU SUSAH sebab banyak ujian dari Allah swt. hanya seekor PENGECUT sahaja yang mahu jadi pengebom bunuh diri balaci bangsa arab laknatullah!
Post a Comment