Monday, November 04, 2013

Sambungan L/Langsung PRK.. Mula Kira..


Peti undi DUN Sg Limau ditutup
NONE

LAPORAN LANGSUNG
Pengiraan undi Sg Limau bermula


 
Pusat pembuangan undi sudah ditutup dan kertas undi mula dikira di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. Keputusan dijangka diperoleh pada jam 10 malam ini.

(Malaysiakini bagaimanapun akan melaporkan tidak rasmi dari masa ke semasa.)

Siapa yang menjadi pilihan pengundi - sama ada Ahmad Sohaimi Lazaim (BN) atau Mohd Azam Samat (PAS) - akan terjawap tidak lama lagi.

Sungai Limau selama ini menjadi kubu kuat PAS. Ia dimenangi bekas menteri besar Kedah almarhun Tan Sri Azizan Razak untuk lima penggal berturut-turut.

PAS cuba mengukuhkan penguasaan mereka dengan menambah majoriti. Dalam pilihan raya umum lalu parti Islam itu menang dengan majoriti 2,774 undi.

Untuk itu, BN, dengan slogan "Berani Hijrah", disokong dengan kekuatan menteri besar baru Datuk Mukhriz Mahathir cuba merampasnya daripada tangan PAS.

Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.

6.55pm Keputusan tidak rasmi:

PAS 5,250
BN 5,120
Rosak 36

6.48pm
Tak rasmi

Bukit Besar
PAS 1,415
BN 943
Majoriti PAS 472

Dulang Kechil
PAS 398
BN 1,337
Majoriti BN 939

5:10pm - SMK Agama Yan, Yan - Kira-kira 20 petugas media berkampung di sekolah itu bagi menunggu kemungkinan sidang media oleh SPR.

5.00pm
Kesemua peti undi ditutup. Keputusan dijangka diperoleh pada jam 10 malam ini. Sejumlah 85.5 peratus pemilih mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

4.55pm Anggota Parlimen Anak Bukit Amiruddin Hamzah berkata, beliau juga tidak mendengar berhubung dakwaan penyokong PAS menumbuk anggota Wanita Umno di Ulu Sedaka pagi ini.

"Saya berada di situ, tetapi saya tidak dengar pun kes itu," katanya.

Sementara itu, Amiruddin berkata, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dijadual hadir ke markas parti di Padang Lumat bagi menunggu keputusan pilihan raya hari ini. Calon PAS Mohd Azam Samat turut dijangka hadir.
Menunaikan tanggungjawab. Seorang wanita membuang undi ke dalam peti undi di Sungai Limau, Kedah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.  
Menunaikan tanggungjawab. Seorang wanita membuang undi ke dalam peti undi di Sungai Limau, Kedah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013. 

4.00pm Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria berkata, pihaknya tidak tahu menahu berhubung dakwaan seorang aktivis dewan itu yang didakwa menumbuk seorang pemimpin wanita Umno bahagian, seperti dilaporkan.

Katanya, beliau sendiri hanya mendengar perkara itu melalui laporan di portal berita.

Justeru, bekas anggota Parlimen Padang Terap itu menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

"Saya serahkan kepada polis untuk siasat perkara ini," katanya kepada Malaysiakini.

3.31pm
Kereta dinaiki Sohaimi, calon BN, ditendang sekumpulan penyokong dipercayai daripada pihak lawan, lapor Bernama.

Sohaimi ketika ditemui pemberita di rumahnya dilapor melahirkan rasa kesal dengan tindakan itu dan yakin ia bukan dilakukan penduduk tempatan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi di kawasan pusat mengundi SK Sungai Dedap, sekumpulan individu dipercayai penyokong PAS menendang kereta yang dinaikinya lebih 10 kali.

Di SK Dulang, berlaku kekecohan apabila penunggang motosikal yang juga anggota Unit Amal PAS terjatuh di tepi jalan dalam cubaan mengelak motosikal lain yang dipercayai ditunggang penyokong parti lawan.

Kekecohan dilapor berjaya dikawal anggota polis bertugas.

3.36pm Setakat jam 3 petang, seramai 20,876 orang (76.69 peratus) telah mengundi.

2.30pm
Menurut SPR, sehingga jam 2 petang, seramai 18,843 (69.22 peratus) telah mengundi.

1.01pm
Ketua polis Kedah sahkan terima laporan anggota jawatankuasa (AJK) Wanita Umno Batu ditumbuk Pemuda PAS di Ulu Sedaka, lapor Bernama.
NONE1.00pm SJK(C) Aik Min, Sungai Limau Luar - Nenek berusia 97 tahun, yang tertua di kawasan itu, turut tampil mengundi

Ng Ken yang dilahirkan pada 1916 tampil dengan kerusi roda dengan anak perempuannya - juga pengundi kawasan itu.

Ditanya berapa kali beliau sudah mengundi, Ng Ken menjawap: "Beh ki liao." (saya sudah lupa.)

Beliau mengaku tidak pernah terlepas pengundian sejak 1957 lagi. Sehingga ke hari ini beliau terus berbuat demikian bagi merasai suasana kemeriahan pilihan raya.

12.42pm Sebanyak 55 peratus atau 15,046 orang telah keluar mengundi setakat jam 12 tengahari, menurut jurucakap SPR.

12.08pm Sg Limau Dalam - Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengeluh kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Sungai Limau.
Katanya, beliau berharap kesesakan itu tidak menjejaskan pengundian.
"Saya harap pengundi akan dapat keluar mengundi dalam masa yang ditetapkan kerana kesesakan sangat teruk.
"Saya terperangkap selama 20 minit tetapi orang yang datang darti Alor Setar terperangkap dalam kesesakan lebih teruk," katanya.

Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails