Thursday, November 07, 2013

Raja Iskandar & Anak Presiden PAS Lwn Timbalan K/Pemuda



Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mengesahkan beliau akan bertanding jawatan timbalan ketua pemuda dalam pemilihannya 21 November nanti.

Beliau yang menang dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Perak baru-baru ini mengesahkan perkara ini dalam satu kenyataan medianya.

"Saya serah jawapan rasmi saya bagi pemilihan pada kali ini dan saya sahkan menolak pencalonan bagi jawatan ketua dan naib ketua bagi memberikan laluan kepada orang lain.
"Saya mengharapkan penerimaan pencalonan untuk jawatan timbalan ketua dan serahkan kepada perwakilan kelak," katanya.

Sebelum ini, ketua Pemuda, Nasrudin Hassan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya dan akan bertanding AJK PAS Pusat.

Sehubungan itu, dua nama disebut-sebut bakal merebut jawatan itu iaitu Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Nama Ketua Penerangan Pemuda, Dr Ridhuan Mohd Nor juga disebut-sebut untuk bertanding jawatan itu.
Dengan pengesahan Raja Iskandar, beliau dijangka bertembung dengan anak Presiden PAS, Khalid Abdul Hadi untuk jawatan timbalan ketua.

Untuk jawatan naib ketua pula, pertembungan dijangka berlaku antara Zamri As'ad Khuzaimi menentang Khairil Nizam Khirudin. – 7 November, 2013. (TMI)

Lihat lanjut..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails