Thursday, November 07, 2013

Remaja Perokok Bertambah, Bila Harga Rokok Naik. Mengapa?

Foto 
DIANGGARKAN terdapat 4.7 juta perokok tahun lalu.

PENGGUNA
KL: Di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, harga rokok naik lagi bermula 30 Sept 2013. Kesannya, kini..

"Lambakan rokok murah di pasaran, selain mudah didapati menyebabkan ia turut menggalakkan golongan remaja terutama yang masih di bangku sekolah berjinak-jinak dengan tabiat merokok" Lapor  myMetro hari ini.

"Sebelum ini, kerajaan pada 2010 sudah menetapkan harga minimum rokok 20 batang adalah RM7, namun kini dengan lambakan rokok tidak sah, ia boleh dibeli dengan harga RM3.50 hingga RM4 atau mungkin kurang daripada harga itu."

Jadi, 'Tujuan kerajaan menetapkan harga minimum berkenaan adalah untuk tidak menggalakkan golongan remaja ini membeli rokok.' adalah meleset, malah remaja perokok makin bertambah.

Seorang kaunselor, Norsalbiah Mohd Said berkata, kegiatan merokok dalam kalangan remaja terutama pelajar sekolah mengulas..

“Kita tahu mereka ini tidak mampu membeli rokok secara kotak kerana ia agak mahal, namun kini akibat lambakan rokok tidak sah yang murah serta mudah didapati menyebabkan usaha untuk membanteras golongan remaja merokok pasti akan menemui jalan buntu. Remaja yang merokok ini tidak kisah jenama rokok apa yang dihisap asalkan mereka dapat memenuhi tabiat merokok.

“Mengikut statistik di Malaysia, seramai 40 hingga 50 perokok baru dicatatkan setiap hari. Dianggarkan, terdapat 4.7 juta orang merokok pada tahun lalu dan jumlah itu meningkat daripada 3.1 juta orang pada 2007,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bukan saja mencatatkan jumlah peningkatan perokok, malah Kementerian Kesihatan juga turut merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.


Seorang perokok tegar dan warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Imam berkata, rokok tempatan yang dijual adalah mahal dan ramai rakannya yang merokok tidak pernah membeli rokok jenama tempatan sebaliknya membeli kretek pada harga RM3 untuk 12 batang.

Katanya, di kawasan pembinaan tempat kerjanya, hampir seluruh pekerja yang merokok, menghisap kretek atau rokok seludup. Rasanya sama saja. Apa yang penting murah.

“Harga murah adalah faktor menyebabkan kami membeli rokok seludup. Selama ini pun di kantin pun ada jual. Cukup mudah untuk mendapatkannya,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
  • "Agak pelek sikap pemerintah di mana-mana negara sekular di dunia termasuk Malaysia melarang rakyatnya menghisap rokok kerana ianya suatu sikap buruk, sedangkan menjual kepada kepada rakyat, atau mengaut keuntungan ekonomi di atas keburukan rakyat itu adalah sikap yang lebih buruk dan tidak bermoral lagi, dilakukan oleh pemerintah tersebut.
  • Cara mendidik rakyat begitu iaitu memerah keuntungan ekonomi di atas belakang penderitaan rakyat dan bersubahat dengan kapitalis-kapitalis syarikat rokok antarabangsa, itulah yang menyebabkan kegagalan menghapuskan tabiat merokok di kalangan orang ramai."
  • "Kerajaan hanya berpura-pura hendak menghapus tabiat merokok, kalau betul-betul nak hapuskan fasal apa masih benarkan jual lagi? Kerana ekomomi kapitalis sanggup menggadai kesihatan rakyat? Masih nak bodohkan rakyat? "  
(Di angkat dari

Senarai Harga Rokok Naik September 2013 (Bermula 30 Sept)


Berikut adalah senarai kenaikan harga rokok yang naik termasuklah rokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges Peter Stuyvesent, Lucky Strike dan lain-lain lagi seperti yang tertera diatas.


BN=Barang Naik..

1 comment:

Anonymous said...

Para remaja hisap seludup yang murah bukan rokok sah yang mahal. Rokok seludup berharga antara rm2.50-5.00 sekotak berbanding rokok sah rm7.00-12.00 sekotak. Rokok seludup ni nak hisap 3-4 kotak sehari pun tak luak pasal harga murah. Rokok seludup cap Texas 5, League, Half Pass Five dan Gudang Garam Nusantara berharga antara rm2.50-3.50 sekotak manakala Gudang Garam Surya berharga antara rm4.30-5.00 macam mana para remaja tidak terlibat hisap rokok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails