Sunday, November 03, 2013

Isu Kalimah Allah Juga Bergema Di Sg Limau



JERAI: Isu kalimah Allah nampaknya turut digunakan pihak tertentu dalam meraih undi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau ini. Biarpun tidak terdengar ianya dimainkan secara jelas di mana-mana ceramah setakat ini, namun versi kain rentangnya dilihat bertebaran dipasang di simpang-simpang jalan di sini.

Tinjauan Harakahdaily mendapati kain rentang itu turut terdapat di simpang tiga Sungai Daun dan satu lagi di simpang tiga Sungai Limau Luar. Pada kain rentang yang dikesan dipasang sejak beberapa hari lalu itu tertera gambar Perdana Menteri, dengan tulisan "...Kalimah Allah boleh diguna oleh Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja".

Selain itu tertulis juga di bahagian bawahnya, "terkandung dalam resolusi 10 perkara kabinet Malaysia". Bagaimanapun tinjauan terbaru hari ini mendapati wajah perdana menteri itu telah digunting dan hanya tinggal tulisannya sahaja. Mengulas isu itu yang turut dimainkan pada PRK kali ini, Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau hairan dengan sikap kumpulan pendesak Melayu yang hanya berdiam diri dengan keputusan terbaru kerajaan itu.

"Saya agak hairan dan menanti kumpulan NGO yang sibuk sebelum ini menempelak PAS, apakah mereka hanya berdiam diri dengan kenyataan Najib ini.
"Datuk Noh Gadut ada keluarkan kenyataan bahawa kufur sesiapa yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan islam.
"Saya minta Datuk Noh Gadut keluarkan kenyataan baru terhadap pendirian kerajaan Malaysia kepada penganut Kristian Sabah dan Sarawak ini," katanya.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald. Susulan itu, Datuh Noh Gadut yang juga Penasihat Majlis Agama Islam Johor nerkata, orang Islam yang mempertikaikan keputusan mahkamah itu boleh menjadi kafir serta murtad.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, Datuk Seri Najib pula mengumumkan kalimah Allah hanya tidak boleh digunakan orang Kritian Semenanjung Malaysia, tetapi boleh di Sabah dan Sarawak.(Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails