Friday, September 06, 2013

Tak Jadi Haram Buku Hina Islam Oleh Pengamal Seks Songsang Ini. Mengapa?


Kerajaan Digesa fail rayuan kes buku Irshad Manji
KL: Kerajaan digesa memfaikan rayuan terhadap keputusan mahkamah kelmarin yang membatalkan pengharaman sebuah buku yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam.

Gesaan itu disuarakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malysia (Mapim) ekoran keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membatalkan pengharaman buku "Allah , Freedom and Love" yang diterjemah kepada bahasa Melayu iaitu "Allah, Kebebasan dan Cinta" karangan seorang warga Kanada, Irshad Manji.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof berkata bahawa buku yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu itu tidak boleh diharamkan pengedarannya kerana edaran dalam Bahasa Inggeris sebelum ini tidak diharamkan. Beliau turut mempersoal kenapa buku itu diharamkan selepas ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan diterbit oleh ZI Publication Sdn Bhd.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata isunya bukan sekadar kerana ia diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu, tetapi ialah isu isi kandungan buku itu yang jelas menjadi sebab KDN mengharamkannya kerana mengandungi isi  mempromosi amalan hidup songsong dikalangan masyarakat.

"Malah pengarangnya Irshad Manji adalah seorang penyokong kuat kepada Israel dan seorang yang mengamalkan seks songsang.
"Kami mendesak Peguam Negara dengan segera menfailkan rayuan terhadap keputusan itu kerana keputusan Mahkamah Tinggi itu meletakkan prisiden yang bahaya terhadap kemungkinan pelbagai pihak lain yang ghairah menyerang kesucian Islam dengan pandangan liberal sekular Barat," katanya dalam satu kenyataan.

Buku tersebut sebelum ini mencetus kontroversi ekoran Irshad Manji didakwa mempromosi gaya hidup dan pemikiran yang bertentangan dengan Islam sehingga ianya diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Mei tahun lalu. Mengulas lanjut, Mohd Azmi menegaskan bahawa keputusan mahkamah itu mesti dicabar supaya buku ini seperti buku-buku lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam serta memelihara keharmonian antara rakyat beragam agama di negara ini tidak berleluasa.

"Kami dengan ini mengesa Peguam Negara bertindak segera supaya rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi agar pengharaman buku itu  diedar dikalangan masyarakat oleh KDN dapat dikekalkan," katanya. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa tak jadi haram? Kuat sungguh power Israel hingga ke dalam negara ini?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails