Saturday, September 07, 2013

Natasha: Baikkah Tinju Wanita Begini Di M'sia?


Foto
SUKAN

SEMANGA Natasha Jonas (gambar) sebagai pejuang sentiasa tinggi dan ia bukan sekadar di gelanggang tinju semata-mata. Membesar bersama enam beradiknya yang lain dan hidup dalam keadaan agak susah, peninju Olimpik itu terpaksa ‘bertarung’ dan bertumbuk untuk mendapatkan hidangan makan malam lebih.

“Saya sentiasa berlawan de­ngan adik beradik lain semata-mata mahu mendapat­kan makan malam saya,” kata Natasha sambil ketawa dalam satu temu ramah bersama BBC Sport, baru-baru ini.

“Jadi, tinju bukanlah sukan yang asing bagi saya.”

Begitupun, Natasha menafikan ‘tumbukan demi tumbukan’ yang dilepaskan terhadap adik beradik dan sepupunya sewaktu makan malam itu adalah satu latihan yang bagus buat peninju kategori lightweight berusia 29 tahun itu yang pernah memenangi pingat pada pering­kat tinggi termasuk meraih gangsa Kejohanan Dunia 2012 yang lalu.

Kenyataannya, menjadi sebahagian daripada keluarga besar membuatkan dirinya lebih lasak dan ia turut menjadi punca kekuatan yang ada pada dirinya ketika ini. Peninju berasal dari Liverpool itu dilahir dan dibesarkan di Toxteth yang dikenali sebagai kawasan yang sentiasa menyaksikan penghijrahan berbanding melahirkan juara sukan.

Seperti biasa, Nata­sha begitu bersemangat bercakap mengenai tempoh kanak-kanaknya dan masih tinggal di kawasan kejiranan yang sama sekalipun mencipta kemasyhuran apabila muncul peninju wanita pertama mewakili Britain dalam Sukan Olimpik dan mara ke suku akhir kategori lightweight sebelum tewas kepada peninju Ireland, Katie Taylor.

“Ia ada masanya seperti bergelut, ada masanya sukar dan kami tidak memiliki segala-gala yang terbaik,” kata Natasha sambil melawat sebuah kawasan khidmat masyarakat yang dibina semula yang pernah menjadi tempat permainannya bersama adik-beradik dan sepupunya itu.
“Ya, ia bukan kemewahan tetapi ia tempat tinggal dan tidak kira apa keadaan sekalipun, ia membawa kami ke tahap sekarang.”

Adiknya, Nikita Parris adalah pemain bola sepak wanita Everton dalam Liga Super dan beraksi untuk skuad bawah 19 Tahun England.

Gandingan adik beradik itu begitu popular di kawasan perumahan mereka. Sebaik saja mereka bersiar-siar di salah satu pusat atau padang bola sepak 3G, kanak-kanak akan berhenti bermain dan melihat ke arah mereka dan salah seorang pasti berkata: “Bukankah itu peninju Tasha?” katanya sambil tersenyum.

“Tempat ini ibarat sebuah pusat komuniti yang menjadi tempat pertemuan setiap orang,” kata Natasha. “Sekalipun jika anda tidak bermain bola sepak, orang tetap akan duduk di luar.
“Semuanya bermula apabila saya dan Nikita bermain dan beberapa minit selepas itu seramai 11 pemain sepasukan akan memulakan perlawanan. Anda kenal setiap orang dalam kawasan itu dan setiap orang mengenali anda.”

Nikita, 19, kerap dirujuk sebagai ‘Lil Tash’ atau ‘Tash Kecil’ kerana tidak banyak berbeza dengan kakaknya dan dia berkata: “Padang tempat anda berdiri adalah tempat saya mula-mula bermain bola sepak. Di sinilah saya mula belajar menyepak bola.”

Malah, Natasha juga hampir menjadi seorang pemain bola sepak selepas ditawarkan biasiswa untuk bermain di Amerika Syarikat. Impiannya berkubur selepas mengalami kecederaan. Dia turut meminati karate sewaktu zaman remaja dengan selalu berlatih di gimnasium milik bapa saudaranya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baikkah sukan tinju wanita seperti di atas itu diimport masuk ke Malaysia? Kalau tidak baik, apakah usaha-usaha untuk menyekat pengimpotan tersebut. Atau diam-diam, tapi digalakkan. Atau bolehkah diwujudkan peninju wanita berjilbab?

Lihat gambar ini pula.. Peninju Amerika,  Laila Ali, anak perempuan Muhammad Ali bekas juara tinju dunia yang hot kisahnya satu ketika dulu. Blog ini akan siarkan kisah nasihat Muhammad Ali kepada anaknya mengenai aurat dan jilbab.. Insya Allah!


(IH) 

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails