Sunday, September 01, 2013

Filem Tanda Putera: Kisah Kencing Tiang..




HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Seorang saksi kejadian 13 Mei 1969 hari ini tampil menempelak tomahan keji terhadap Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang yang difitnah kononnya telah “kencing di tiang bendera kediaman Menteri Besar Selangor” yang mana didakwa telah mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Menurut Ahmad Habib, 64, “Semasa saya berada di rumah Menteri Besar (Haron Idris), rumahnya penuh dengan orang, ia berpagar dan dikawal, jika dia (Lim Kit Siang) berada disitu, dia mungkin ditangkap atau terbunuh!”

Demikian kenyataan beliau yang merupakan salah seorang pelajar MARA ketika itu dalam sidang medianya di ibupejabat DAP hari ini. Katanya, beliau terpanggil untuk tampil kehadapan menempelak fitnah serta penipuan tersebut atas prinsip demi menyelamatkan Malaysia dari pembohongan keji yang berbahaya.
Bagi Kit Siang, kesanggupan dan beberanian Ahmad Habib menceritakan kebenaran wajar dicontohi sebagai rakyat Malaysia yang patriotik.

“Persoalannya, bagaimanakah isu “kencing” di rumah Menteri Besar Selangor ini menyebabkan rusuhan 13 Mei timbul?
“Adakah filem Tanda Putra bertanggungjawab terhadap penipuan ini?” soal beliau.

Malah dalam satu laporan Malaysian Insider bertarikh 20 Ogos lalu memetik bahawa anak kepada Menteri Besar Selangor ketika itu Mazlan Harun juga beliau tidak dapat membuktikan kebenaran peristiwa tersebut.
 
Kata Mazlan, “Saya tidak mahu katakan bahawa peristiwa tersebut benar ataupun tidak tetapi saya dimaklumkan oleh bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang tak perlu disebutkan namanya.”
“Jika beliau berbohong, saya juga berbohong..” ujar Mazlan kepada portal berita itu.

Ditanya bagaimana beliau boleh berada disini untuk mengadakan sidang media, Ahmad Habib berkata bahawa beliau dan peguamnya telah menghubungi Kit Siang sendiri menyatakan kesediaan beliau  untuk memberi keterangan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Timor tersebut tidak kencing di tiang bendera rumah Menteri Besar Selangor.

Fitnah “Lim Kit siang kencing di tiang bendera rumah Menteri besar Selangor” tidak pernah kedengaran sebelum ini sehinggalah gambar beliau dimuatkan ke dalam laman rasmi facebook filem Tanda Putera walhal gambar tersebut diambil pada tahun 1984.
“Samada dalam Kertas Putih yang dikeluarkan oleh Majlis Tindakan Nasional bertarikh 9 Oktober 1969 mahupun buku Tunku Abdul Rahman berjudul “Mei 13-Sebelum dan Selepas” tidak pernah menyebut pun mengenai insiden kencing tersebut.
“Malah saya pada ketika itu berada di Sabah bermula 11, 12 dan 13 Mei  1969.” Jelas Kit siang. – Roketkini.com (IH)

1 comment:

Anonymous said...

jelas sekarang UMNO/BN cuba nak mengencing rakyat malaysia dgn penipuan2 ini.......mmg UMNO/BN nie kaki kencing betul.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails