Saturday, September 07, 2013

Mesir: Bantahan Berterusan, 2 Terbunuh Semalam

 
Gambar himpunan 'Jumaat mempertahan revolusi' di beberapa wilayah seluruh Mesir semalam

MESIR: Rakyat yang menyokong legitimasi semalam terus mengadakan himpunan besar-besaran di seluruh Mesir selepas solat Jumaat semalam sebagai usaha berterusan membantah rampasan kuasa oleh tentera di negara itu.

Dalam bantahan yang diadakan semalam, sekurang-kurangnya dua dilapor terkorban dan puluhan lagi cedera selepas berdepan samseng dan polis yang bertindak keras untuk menyuraihimpunan. Saksi melaporkan berlaku pergelutan antara penyokong Morsi dan samseng dan polis di Delta Nil wilayah Damietta .

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh selepas ditembak di kepala manakala tiga lagi cedera , kata saksi. Di bandar pantai Alexandria, pertempuran berlaku selepas pro- Morsi memulakan perarakan dari Masjid Qaid Ibrahim.

Saksi mendakwa salaing berlaku balingan botol antara kedua-dua pihak menyebabkan ramai di kalangan pro-Morsi cedera. Saksi juga mendakwa terdengar bunyi tembakan dan sumber perubatan berkata seorang telah terbunuh dan sekurang-kurangnya tujuh cedera dalam insiden itu.

Di selatan , pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata dan senapang patah untuk menyuraikan protes pro- Morsi di bandar Assiut .Sumber Ikhwan Muslimin berkata mendakwa, polis telah cuba menyuraikan protes selepas penunjuk perasaan berkumpulan semula , meneruskan perarakan mereka di barat bandar.

Di Samalout , di wilayah Minya, beberapa penunjuk perasaan cedera akibat sedutan gas selepas pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata kepada pro- Morsi ketika perarakan melepasi stesen polis tempatan.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan kecaman teradap Menteri Pertahanan Abdel Fattah al-Sisi, dan Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim. Sementara itu, di wilayah Gharbiya, insiden serupa telah dilaporkan di bandar-bandar dan Tanta, di mana sekurang-kurangnya sepuluh orang telah ditangkap.(Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

1 comment:

Anonymous said...

apa-apa tah...
bila mereka berkata mempertahan revolusi, sebenarnya ketika itu mereka sedang berdelusi..
Dunia semakin tua, sentiasa mencambah kedutan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails