KOTA BHARU- “Saya sokong saranan Dr Mahathir agar kerajaan berjimat. Ia
bagus namun agak lewat,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat ketika mengulas saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang mahukan kerajaan berjimat bagi menurunkan defisit negara.
Bekas Menteri Besar Kelantan yang kini masih menjalani rawatan susulan berkata, berjimat bukan hanya kerana defisit naik atau kerana perbelanjaan meningkat tetapi kerana ia suruhan agama.
“Ia (saranan) bagus namun agak lewat tetapi lewat itu lebih baik daripada langsung tiada. Barangkali Tun Dr Mahathir berpegang kepada prinsip better late then never (biar lambat asalkan dapat dibuat). Tahniahlah, namun sesekali apabila memberikan saranan yang sesuai dengan Islam, saya kira apa salahnya berikan kredit kepada Islam,” katanya, semalam.
Tun Dr Mahathir yang mengulas peningkatan harga minyak yang diumumkan kerajaan berkata, dengan penjimatan itu, kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi. Nik Aziz yang menerajui kerajaan Kelantan lebih 20 tahun berkata, ketika beliau mula mentadbir Kelantan pada 1990, dasar jimat cermat inilah yang diguna pakai dalam semua urusan kerajaan.
Katanya gaji bulanan menteri besar, ahli exco dan wakil rakyat kerajaan dipotong dan sebahagiannya dijadikan sumbangan tetap untuk parti. Malah, beliau turut menolak peruntukan untuk keraian hari raya dan juadah berbuka puasa yang masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM15,000 setiap tahun bermula 1990.
“Saya tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar di JKR10 bagi mengelakkan perbelanjaan mengurus tadbir rumah tersebut dan menyelamatkan kantung kerajaan, saya mengarahkan agar amalan memberikan cenderamata kepada pemimpin kerajaan ketika lawatan rasmi ke jabatan dan agensi kerajaan.
"Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan ke atas tujuan yang tidak perlu,” katanya. (SH)

No comments:
Post a Comment