Wednesday, September 25, 2013

Kerana Gambar Artis Rihanna Ini, 2 Lelaki Ditangkap..


Foto Rihanna dengan tupai yang dimuat naik dalam Instagram miliknya

HALAMAN HIBURAN

RIHANNA  atau Robyn Rihanna Fenty, penyanyi kelahiran Saint Michael, Barbados pada 20 Februari 1988 berkunjung ke Thailand baru-baru ini ternyata menimbulkan masalah apabila dua warga negara tersebut ditahan gara-gara foto Rihanna yang dimuat naik ke dalam Instagram penyanyi itu.

Menurut laporan portal DigitalSpy, ketika berada di Phuket, Rihanna sempat bergambar dengan sejenis tupai bernama Slow Loris dan kemudian memuat naik ke laman sosial tersebut. Kemudian Rihanna meletakkan kapsyen di bawah foto berkenaan iaitu  "Lihat, siapa yang berbisik kata-kata kotor di telingaku."

"Siapa sangka, dengan kapsyen sebegitu dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun ditahan kerana memberikan haiwan tersebut kepada Rihanna," kata sumber.

Wakil daripada pihak polis negara itu, Weera Kerdsirimongkon berkata, kata-kata Rihanna boleh disifatkan mengancam haiwan berkenaan dimana ia boleh dijatuhkan hukuman empat tahun penjara. Bagaimanapun Rihanna tidak sempat membuat keterangan memandangkan dia telah meninggalkan Thailand sebelum dua lelaki tersebut ditahan.
Dia juga mempamerkan fotonya bermain bersama gajah-gajah di Phuket, Thailand.

Ada juga sumber menyebutkan, kes ini dikesan kerana Rihanna memasukkan fotonya untuk tontonan dan disukai oleh lebih dari 200 ribu orang dari seluruh dunia. Dan dua orang yang masih berumur 20 dan 16 tahun tersebut dihukum 4 tahun penjara serta denda sebesar 40 ribu baht (Kira-kira RM4,000)

Rihanna menikmati liburan singkatnya di Thailand ini setelah menyelesaikan konsertnya di Filipina, Khamis, lalu. Rencananya, melanjutkan penampilannya di Singapura, pada hari minggu seterusnya. (IH).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails