Sunday, December 23, 2012

Keretapi Laju 300 KSJ Terpanjang Di Dunia


SEBUAH kereta api laju tiba di sebuah platform dalam wilayah Hebei semalam. 

BEIJING/ZHENGZHOU - China bakal mempunyai landasan kereta api laju terpanjang di dunia apabila laluan tren itu yang menghubungkan bandar raya ini dengan kota metropolitan Guangzhou, di selatan negara berkenaan dirasmikan minggu depan, kata beberapa pegawai semalam.

Landasan sepanjang 2,298 kilometer itu yang kini beroperasi, akan memulakan perkhidmatan penuh pada Rabu depan dengan laluan tersebut menjimatkan separuh masa perjalanan kereta api antara dua kota utama itu. Perjalanan dengan kereta api laju antara dua bandar raya berkenaan kini mengambil masa kurang 10 jam pada kelajuan mencecah 300 kilometer sejam.

Laluan baharu itu memberikan peluang kepada Kementerian Kereta Api China yang dihimpit pelbagai skandal dan kesilapan untuk menebus maruahnya. Pada Julai 2011, satu kemalangan kereta api laju meragut 40 nyawa dan mencetuskan kebimbangan berhubung tahap keselamatan laluan kereta api laju di negara berkenaan.

Beijing membelanjakan 2.3 trilion yuan (RM981 bilion) di bawah pelan lima tahun yang tamat pada 2015 untuk membangunkan sistem perkhidmatan kereta api laju di China. - Reuters

2 comments:

Anonymous said...

kalau buat kat dalam negara..mau 5x ganda dr harga sebenar...komisyen byk sgt..huhuhuhu

Anonymous said...

Sepatutnya Pulau Pinang dihubungkan dengan tanah besar menggunakan keretapi antara Teluk Bahang dan Bayan Lepas ke Jetty dan melalui bawah laut ke Butterworth sehingga Kulim Kedah.
Dengan ini kita kurang jumlah kenderaan di atas Pulau Pinang dan menjadikan rel sebagai sistem pengangkutan utama di Malaya ini sebelum di majukan di Borneo pula.
Tapi selepas lebih 50 tahun merdeka semua pemimpin begitu buta dan jahil dengan sistem rel ini kerana fobia dengan perkhidmatan KTM semasa.
Lebih malang lagi ramai tertipu dan mengigau dengan konsep kereta nasional dan sistem lebuhraya propaganda Mahathir yang kononya minyak Petronas tak akan habis habis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails