Thursday, December 27, 2012

Pelajaran Agama: Ibnu Hasyim Sokong Dr Maszlee




KL: Editor Weblog Ibnu Hasyim mennyokng penuh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik yang mencadangkan agar Kementerian Pelajaran mengadakan subjek 'Agama-agama di Malaysia' sebagai subjek teras dan wajib ke atas semua pelajar-pelajar di Malaysia. Pihak IPTA dan IPTS juga hendaklah mempunyai subjek tersebut juga sebagai salah satu subjek teras mereka.

Menurut Dr Maszlee, begitu juga, subjek agama Islam, perlu dihadiri semua memandangkan Islam merupakan agama rasmi Malaysia yang perlu diketahui oleh setiap rakyatnya.

Mengulas kekeliruan dan sensitiviti yang timbul dalam masyarakat Malaysia sekarang ekoran isu penggunaan nama Allah, Dr Maszlee berkara, "Pada hemat saya, isu pengunaan nama Allah di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah dipolitikkan dan menemui kebuntuan akibat sikap prejudis pada kedua-dua belah pihak," katanya.

Bagi beliau, isu tersebut hanyalah simptom kepada akar permasalahan yang lebih besar, iaitu kejahilan di antara penganut agama-agama di Malaysia berkaitan agama lain. Akibat kejahilan bersama ini, maka timbullah salah faham bersama (mutual misconception) yang pastinya menjadi ruang yang subur untuk prejudis, fitnah dan perselisihan faham, kata beliau.

"Saya juga merasakan keperluan untuk setiap ahli politik samada dari pihak BN mahupun PR untuk mempunyai integriti moral dan etika yang tinggi untuk tidak menangguk di air yang keruh di atas kejahilan bersama rakyat mengenai agama-agama di Malaysia dan sensitiviti setiap agama untuk mendapatkan miledge politik serta senjata untuk menyerang lawan politik mereka," tambahnya.

Bagi beliau, menjadi tanggung jawab setiap warga di Malaysia untuk bersama-sama menghargai kemajmukan masyarakat Malaysia dan ianya wajib disikapi sebagai kekuatan dan bukannya sebagai faktor perbalahan.

"Al-hamdullillah!" Menurut editor Ibnu Hasyim,  Dr Hj Mohd Hasyim, "Saya sokong cadangan yang bernas itu, kerana tidak menasabah bagi negara yang Islam sebagai agama negara tetapi tidak ada subjek mengenai  'Agama-agama di Malaysia' sebagai subjek teras dan wajib ke atas semua pelajar-pelajar di Malaysia. Tahniah kepad beliau!" (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails