Thursday, December 27, 2012

Artis Rap Top Dunia Ini Peluk Islam, Al-hamdulillh.


Penyanyi Rap Top Dunia ini Memeluk Islam
Akon

HALAMAN HIBURAN
AKON, penyanyi rap papan atas dunia, Akon mengaku menjalani kehidupannya sebagai seorang muslim. Sekalipun mengaku masih belum sempurna sebagai seorang pemeluk Islam, penyanyi bernama lengkap Aliaune Damala Badara Akon Thiam ini berujar bahawa dirinya terus mencuba mengikuti garis hidup seorang Muslimin.

Dalam sebuah wawancara  di acara televisi The Ellen Degeneres Show, Akon berujar; "Saya tidak minum atau pun merokok. Kerana saya mencuba untuk menjadi seorang muslim sungguh-sungguh." ujarnya dalam acara talk show populer di Amerika Syarikat (AS), beberapa waktu silam.

Beruntung bagi lelaki kelahiran Senegal 39 tahun yang lalu kerana di AS beliau bertemu dengan banyak seniman Islam. Bahkan untuk menemaninya, Akon senantiasa didampingi oleh DJ Khaled yang juga memeluk Islam.

Akon sendiri dikenal melalui lagu hitsnya "Smack That". Walau mengaku Islam, Akon mendapat dikritik tajam kerana sejumlah video klipnya yang menampilkan adegan vulgar dan jauh dari ajaran Islam. Beliau juga mendapat sorotan miring kerana kisah rumah tangganya yang kerap kandas. Akin berkahwin tiga kali dengan karniian enam orang anak. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails