Wednesday, October 24, 2012

Rasuah Guru Jual Jawapan Peperiksaan. Mengapa?





DHAKA: Kegiatan sekumpulan penuntut yang cuba menipu dalam peperiksaan terbongkar selepas polis menahan mereka kerana menggunakan telefon bimbit berbentuk jam tangan, kata pihak berkuasa semalam.
Seramai 10 dalang di sebalik penipuan itu dipamerkan kepada media bersama beberapa peralatan elektronik yang digunakan ketika ujian kemasukan ke universiti serta permohonan mendapatkan kerja.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Moshiur Rahman, berkata sindiket terbabit merasuah guru atau pegawai pendidikan bagi mendapatkan soalan sejurus sebelum peperiksaan bermula.

“Mereka kemudian menghantar jawapan soalan itu melalui mesej teks kepada telefon bimbit penuntut yang kelihatan seperti jam itu,” katanya. Menurut Moshiur Rahman, calon penuntut universiti utama atau bakal pekerja bank serta kakitangan kerajaan boleh mendapatkan perkhidmatan itu dengan bayaran sekurang-kurangnya RM4,500.

Sementara itu, ketua sindiket berkenaan mengaku, mereka membeli 120 unit telefon bimbit buatan China dan menggunakannya sejak 2009. - AFP

Komen Weblog IbnuHasyim: Mengapa boleh jadi begini? Bolehkah hal ini berlaku di Malaysia? Boleh, asal kerajaan terus mengajar dan membasuh fikiran rakyatnya ke arah 'asal dapat duit tidak peduli halal-haram'!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails