Wednesday, October 24, 2012

Perutusan PAS: Damaikan Dunia Dg Islam


Oleh 
Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

BEBERAPA hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Idul Adha yang sinonim dengan ibadah haji dan qorban. Ibadah haji dilaksanakan di Makkah yang menghimpunkan umat Islam seluruh dunia bagi melaksanakan rukan Islam kelima.

Ia bukan sekadar ibadah biasa, tetapi mempunyai maksud yang besar kepada kesatuan Ummah dalam mendamaikan dunia dengan Islam. Rasulullah SAW menjadikan musim haji di zaman jahiliyah untuk berdakwah kepada kelompok kabilah-kabilah Arab yang datang daripada berbagai wilayah.

Bukan sekadar menyeru mereka memeluk Islam, bahkan mengajak mereka mendirikan negara yang melaksanakan syariat Allah SWT yang sifatnya adil untuk semua manusia tidak mengira agama dan bangsa dan juga adil kepada makhluk lain yang dipelihara dibawah pemerintahan. Daripada satu kabilah kepada satu kabilah, sehinggalah akhirnya bertemu dengan penduduk Madinah suku Aus dan Khazraj yang menerima Islam dan bersedia menjadikan negara mereka Madinah sebagai tappk kekuasaan Islam.

Tidak lama selepas peristiwa iitu, Nabi SAW telah berhijrah ke Madinah mendirikan kerajaan dan tamadun manusia yang berjaya mengeluarkan bangsa Arab daripada kegelapan jahiliyah, hidup yang porak peranda, jenayah yang berleluasa kepada kehidupan yang bersatu, maju dan sejahtera dibawah pemerintahan Islam. Bermula daripada inilah, maka tamadun manusia itu berkembang pesat mengambil conroh tauladan pemerintahan Rasululah SAW.

Begitu juga ibadah korban yang dilaksanakan Nabi Ibrahim AS penuh dengan ketaatan dan ujian yang berat. Namun keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya yang teguh menjadikan mereka manusia yang berjaya bukan sekadar melaksanakan perintah Allah dalam hal korban, tetapi juga berjaya mendirikan kerajaan orang beriman da mmngemudinya di Mekah, Palestin dan Syam.

Daripada keturunan Nabi Ibrahim ini melahirkan nabi yang ramai dan tersebar luasnya dakwah Islam zaman berzaman sehinggalah munculnya Nabi Muhammad daripada keturunan Ismail dam Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain nabi yang membawa risalah Allah SWT.

Marilah kita mengambil pengajaran di atas dua peristiwa ini untuk meningkatkan keyakinan dan ketaatan kepada agama Allah SWT. Moga-moga kita dipilih oleh Allah menjadi hambanya yang istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam untuk kesejahteraan di muka bumi ini.

Mewakili PAS, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini dan seluruhnya.

Abdul Hadi Awang
President PAS

Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-62: Selamat Raya Haji.. Baca Ini.
E-Buku IH-62: Selamat Raya Haji.. Baca Ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails