Thursday, October 25, 2012

Piala Malaysia: Hadiah Tunai Umrah Suatu Tarbiah.


Kelantan
Pasukan Kelantan meraikan kejayaan bersama trofi Piala Malaysia setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

KL: Suatu bentuk tarbiah atau pendidikan bila Kerajaan Negeri Kelantan menghadiahkan ganjaran berupa pakej menunaikan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak The Red Warriors atas kejayaan menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua, Sabtu lalu. Demikian pandangan weblog Ibnu Hasyim.di sini.

Hal ini berikutan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob membuat keputusan tersebut yang dicapai menerusi mesyuarat Excodi Kota Bharu semalam. Kejayaan Kelantan merangkul piala paling berprestij itu, sekali gus meraih gelaran ‘treble’ pertama, merupakan satu sejarah bagi landskap bola sepak negeri ini.

"Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan di atas kejayaan ini. Kita berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan barisan pemain yang berjaya membawa pulang piala tersebut buat kali kedua ke negeri ini." kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob semalam.

"Jika pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersedia memberi lot tanah, kita hari ini bersetuju untuk memberikan sumbangan dalam bentuk pakej mengerjakan umrah sebagai tanda penghargaan daripada pihak kerajaan negeri,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam perlawanan akhir edisi ke-86 pada Sabtu lalu, Kelantan berjaya menewaskan Angkatan Tentera Malaysia menerusi kemenangan dramatik 3-2 untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh empat tahun. Sebelum ini, Kerajaan Negeri pernah menghadiahkan pakej mengerjakan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan setelah muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun 2009.

Malah pada tahun 2010, Kerajaan Negeri juga memberikan ganjaran RM200,000 kepada pemain dan pegawai pasukan The Red Warriors setelah berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun dengan memenangi Piala Malaysia pada musim tersebut.

Menurut Ahmad, kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengadakan jamuan rakyat secara besar-besaran bagi meraikan kejayaan pasukan Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 3 November ini.

Bagi Weblog Ibnu Hasyim, "Pengurniaan tunai haji dan umrah adalah suatu contoh baik yang perlu diikuti kepada  pasukan-pasukan bola di negeri-negeri lain. (IH)

1 comment:

mangchikla said...

Yg bukan islam mcm mana bentuk hadiah nye ya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails