Wednesday, October 24, 2012

Oh M'sia, Calon SPM Jadi GRO


ANGGOTA polis memeriksa 21 GRO yang diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam tempoh dua minggu lagi diberkas selepas dia didapati menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr. Ismail di sini kelmarin.

Selain pelajar berusia 17 tahun terbabit, polis turut memberkas seorang GRO berumur 16 tahun dalam serbuan pada pukul 9.45 malam. Ketika serbuan, kedua-duanya mengenakan pakaian seksi.

Dua remaja berkenaan merupakan antara 21 GRO yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman. Pegawai Operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kedua-dua remaja itu masih bersekolah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oh, Malaysia tanah airku, masih tidak nampak jalan selesai?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails