Monday, October 22, 2012

Hamas Boikot 'sandiwara' P'raya Tebing Barat

Parti Presiden Palestin Mahmoud Abbas,  Fatah mengumumkan kemenangan di kebanyakan kerusi majlis dalam pilihan raya tempatan di Tebing Barat yang diboikot oleh parti Hamas. Presiden Suruhanjaya Pilihanraya Pusat (CEC), Hanna Nasser berkata bahawa 54.8 peratus dari 500,000 yang layak mengundi, telah keluar mengundi.

Kemenangan Fatah sudah pun dijangka kerana mereka hampir tidak dicabar mana-mana pihak selepas Hamas, yang menguasai Gaza, memulaukan pilihanraya tersebut. Hamas mengharamkan pengundian di Semenanjung Gaza dan berkata mereka tidak akan mengiktiraf keputusan di Tebing Barat.

Hamas enggan untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya berikutan kegagalan rundingan perpaduan dengan Fatah. Ini menyebabkan Fatah bertanding hanya dengan Calon bebas dan kumpulan berhaluan kiri seperti Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) dan Democratic Fron for the Liberation of Palestine (DFLP).

Undi Sabtu lalu hanya diadakan di 93 daripada 354 majlis perbandaran di Tebing Barat, dan calon di 179 lokaliti lain telah menang tanpa bertanding. Pilihanraya di 82 kawasan yang selebihnya akan diadakan pada 24 November, ujar CEC. Walaupun sesetengah warga Palestin mengalu-alukan peluang untuk mengundi, yang lain pula ragu-ragu mengenai prospek perubahan.

"Saya tidak mengharapkan banyak daripada pilihan raya ini kerana tidak calon yang berkelayakan," kata Mohammed Zahdeh, warga emas berusia 60 tahun dari Hebron.

"Ini adalah satu sandiwara, bukan pilihan raya," kata Abu Abdullah, seorang peniaga berusia 56 tahun dari Nablus.

"Kami mahu pilihan raya sebenar yang mewakili kami, di mana mereka mampu berkhidmat untuk negara mereka, dan bukannya hanya bersorak di sekitar slogan politik."

Bagi pihak Hamas, mengadakan undi di Tebing Barat sahaja bermaksud mengukuhkan jurang antara dua pergerakan politik utama di wilayah Palestin.

"Pilihan raya ini mengukuhkan mereka dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan konsensus kebangsaan,", jurucakap Hamas, Fawzi Barhum memberitahu agensi berita AFP.

Mengadakan pilihan raya tanpa Gaza bermakna keputusan tersebut "tidak signifikan atau sah di sisi undang-undang," katanya.

"Ini bukan pilihan raya untuk rakyat Palestin tetapi untuk Fatah," sambungnya lagi. (Al-Jazeera)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails