Monday, October 22, 2012

Demo Di Kuwait: Polis Tembak Gas Pemedih Mata

KUWAIT: Polis Kuwait telah menembak gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mengadakan perarakan mengutuk perubahan undang-undang pengundian, yang diumumkan oleh kerajaan menjelang pilihan raya parlimen 1 Disember, ujar saksi.

Protes di ibu negara, Kuwait City, telah diadakan Ahad lalu selepas kumpulan pembangkang berkata mereka akan memboikot pilihan raya yang akan datang, dan melabelkan pindaan kepada sistem pengundian sebagai "rampasan kuasa terhadap perlembagaan".

Perarakan diadakan merentasi bandar , mengingkari perintah pihak berkuasa untuk mengehadkan protes kepada kawasan di luar parlimen sahaja. Pemilihan Disember ini adalah pemilihan kali kedua tahun ini dan kali kelima sejak pertengahan 2006, dengan Parlimen telah berulang kali dibubarkan kerana pertikaian politik.

Kerajaan, pada mesyuarat agung luar biasa di Kuwait City Sabtu lalu, mengarahkan pilihan raya diadakan pada 1 Disember, dan memutuskan untuk meminda undang-undang pilihan raya, yang membolehkan setiap pengundi untuk memilih seorang calon sahaja dan bukannya empat seperti sebelum ini.

Kuwait mengalami perebutan kuasa antara pihak kerajaan, yang dikawal oleh keluarga pemerintah al-Sabah, dan ahli parlimen yang dipilih. Perebutan kuasa ini telah menyekat rancangan pembangunan dan melumpuhkan sistem politik. (IH)

Pemimpin pembangkang, yang bermesyuarat di sebuah rumah tetamu milik oleh bekas speaker parlimen Ahmed al-Saadoun, menyalahkan kerajaan untuk krisis politik dan memberi amaran ia memandu negara ke arah "pemerintahan autokratik yang menindas".

"Kami menyeru kepada rakyat Kuwait yang bebas dan  bermaruah ... untuk memboikot pilihan raya akan datang, dengan menahan diri daripada bertanding mengundi, "satu kenyataan kumpulan pembangkang selepas mesyuarat  Sabtu lalu.

Mereka meminta rakyat Kuwait untuk menyertai perarakan protes pada hari Ahad, dan memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri dari melakukan "keganasan" terhadap protes tersebut.

Kementerian Dalam Negeri berkata mereka tidak akan membenarkan mana-mana "mogok duduk, perhimpunan, perarakan, ... di mana-mana tempat selain daripada dataran yang menghadap parlimen".

"Sebarang tindakan keganasan, rusuhan, hasutan keganasan yang menjejaskan keselamatan negara akan ditangani dengan tegas," kata kementerian itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails