Sunday, July 22, 2012

Al-hamulillah, Ahmad Lutfi Sihat. Tetapi..

 Ibnu Hasyim menziarahi Matlutfi di rumahnya, yang baru keluar dari hospital..

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEMALAM kira-kira sebelum Asar sehari sebelum puasa, "Hang di mana la nie!". Aku tanya Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah melalui telefon.

"Aku dalam kereta nak pulang, baru keluar dari HUKM." jawabnya.

Teringat aku kepada SMSnya padaku sebelum ini, berbunyi..'Salam, hasrat nak jumpa anta tak jadi-jadi. Sampailah ana pun dah kena stroke kali kedua, dah seminggu.-Matlutfi". Aku rasa terharu membacanya.. dan dengan seorang kawan dari majalah 'Era Muslimah' aku datang ke rumahnya selepas solat Jumaat.

"Ada sapa mai jengok dari kalangan pemimpin PAS?"

"Ada! Hanya Mat Sabu semasa di HUKM... dan ramai dari rakan bukan PAS yang menelefon. Kadir Syeikh Fdzil, Tamrin Ghafar dan lain-lain." katanya.

Banyak yang kami bincang masa itu di rumahnya hingga masuk Asar. Mungkin jawatannya masa ini sedang dipangku penggantinya. Aku lihat dia macam sedih, terharu, bimbang wadah perjuangan kini yang cukup dia sayang! Namun pemikirannya tetap hebat seperti dulu, tidak berubah kerana faktor-faktor kesihatan. Atau juga mungkin dia sedih kerana kos perubatannya makin naik melonjak?

Yang jelas, yang aku ingat dia memberitahuku betapa susahnya untuk meneruskan parjuangan KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen) pimpinannya, seolah-olah perlukan bantuan dari negeri yang sudah dikuasai Pakaan Rakyat.

Tiba-tiba terdengar bunyi salam dari luar rumah, Suhaimi Embong 'orang pengurusan media baru' datang menziarahinya, walaupun  MatLutfi dalam proses keluar kerana ada yang menunggu.

Ya, terfikir aku, nak tolong macam mana?

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
21 Julai  2012
 KL


Catatan Santai sebelum ini..

3 comments:

Suasana Politik Malaysia said...

As salam Saudara Ibnu Hasyim,

selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.

Ngah Phg asal Melaka said...

saya juga harapkan sdr Ibnu Hasyim berjaya dlm menegakkan Islam ..sampaikan salam sejahtera kpd sdr Ahmad Lutfi

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillah, terima kasih dan insya Allah kepada SPM dan Ngah Phg asal Melaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails