Saturday, July 28, 2012

Cuba Menu Baru.. 'ayam tanpa kehidupan seks'

 By Noriani
(CRI Online)
 
 Inilah 'ayam yang didera kerajaan" 

SEJAK akhir-akhir ini, banyak mendapat undangan untuk makan dii luar. Terima kasihlah kawan-kawan termasuk dari Kedutaan Malaysia di Beijing. Tapi ada seorang sahabat mahu penulis mencuba masakan ayam yang dalam menunya disebut "ayam tanpa kehidupan seks" dan "tofu wanita tua yang berjeragat".

Manakala sahabat teman mahu mencuba kepala singa yang dibakar merah dan ayam yang didera kerajaan. Memang betulah yang dikatakan orang China gemar makanan yang eksotik. Tapi teman bukan peserta program 'X-Factor' nak cuba semua tu. Dengar sahaja nama masakan itu, rasa tidak anggup nak teman telan. Ditambah lagi dengan pencuci mulut yang mengikut sahabat teman, paling sedap 'rolling donkey' atau keldai berguling. Tambahlah kecut perut, teman nak cuba.

Rupa-rupanya itulah menu yang diterjemah secara langsung yang terdapat di Menu di Restoran di Beijing. Yang dikatakan ayam tanpa kehidupan seks itu rupanya ayam dara, ayam yang didera adalah ayam Kung Pao yang terkenal di China manakala masakan tofu itu tiada kena mengena dengan wanita tua, hanya namanya sahaja kerana tofu itu berkedut-kedut lantas di beri nama itu.

Jangan bimbang tiada kepala singa yang akan dihidangkan, tak sempat pun nak menangkap singa tu mungkin singa yang sempat makan dipemburu. Sebaliknya makanan itu merupakan daging merah yang dibakar.
Kenapalah payah bebenor nak bagi nama yang ringkas. Bagi pemanis mulut, yang dikatakan 'rolling donkey' atau keldai berguling tu bukan daging keldai sebaliknya kuih yang dibuat daripada tepung pulut yang digulung dengan gula, macam kuih gomak kita.
                                                                Kuih pencuci mulut 'Rolling donkey'
Tapi itulah keistimewaan dan keunikan makanan China. Ada usaha untuk membuat terjemahan yang sebetulnya untuk tidak mengelirukan pelancong. Tapi bagi saya, lebih baik dikekalkan dengan nama asli, itukan unik. Itukan gimik perniagaan!

Macam di Kelantan, kami ada tahi itik, sejenis kuih yang dibuat dengan telur itik, bukan seperti namanya. Dan lidah buaya... sejenis dodol.. Sayang sekali kalau ditukar (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails