Thursday, July 26, 2012

L/Raya Rakyat: Lagi, Sumbangan Dari A/Maahad..



KOTA BHARU: Lagi sumbangan untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat diterima oleh kerajaan negeri, kali ini dari alumni Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki sesi 1991-1996 (Ex-MML 9196).

Sumbangan sebanyak RM1,300 disampaikan oleh penasihat persatuan itu, Mohd Ami Zul Fazli kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di pejabat menteri besar semalam. Turut hadir bersama, wakil persatuan pelajar itu pelajar Wan Abdul Hafiz, Abdul Rashid Yah dan Mohd Shahruddin.

Ami Zul ketika ditemui memberitahu sumbangan berkenaan diberikan oleh ahli-ahli Ex-MML di Kuala Lumpur. “Kami menyediakan tabung khas bagi membolehkan ahli-ahli kami menunaikan tanggungjawab mereka untuk menderma,”ujarnya.

Katanya, Ex-MML merasakan tanggungjawabnya untuk turut menyumbang pembinaan lebuh raya itu sebagaimana orang lain. “Kami berdoa, khususnya pada bulan Ramadan ini, kerajaan negeri dapat menyiapkan lebuhraya yang memang diimpikan oleh anak Kelantan di perantauan mengikut jadual yang ditetapkan,”ujarnya. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails