Wednesday, July 25, 2012

Myanmar, Jangan Zalimi Etnik Rohingya! - Blog IH

 KL: Weblog Ibnu Hasyim menyokong Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya menggesa supaya agensi antarabangsa mendesak Myanmar memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan di Arakan yang menjadi kawasan etnik Rohingya paling terdedah kepada penindasan sangat kejam.

Wakil jawatankuasa tersebut, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria berkata, penghapusan etnik Rohingya di bumi Arakan oleh pihak berkuasa Myanmar adalah satu kezaliman yang tidak boleh diterima.

Katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, pihak junta Myanmar nampaknya tidak mahu tunduk kepada undang-undang antarabangsa mengenai hak asasi golongan etnik minoriti, oleh itu pihak berkuasa kerajaan Myanmar terus menerus melaksanakan operasi pembunuhan beramai-ramai (genocide) ke atas etnik Rohingya.

Tambahnya, pihak agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara Asean gagal bertindak membela dan melindungi ratusan ribu nyawa Rohingya yang ditindas.

Ekoran tindakan rakus junta Mynamar Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa-Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya menghantar memorandum kepada Setiausaha Pertama Ibu Pejabat PBB  H.E Mr Bankimon di Petaling jaya, tengah hari tadi.

"Weblog ini juga menyesali operasi penghapusan etnik Rohingya di Myanmar sudah berlalu lebih lima dekad mengakibatkan ratusan ribu yang terbunuh. Puluhan ribu ditahan dan diseksa termasuk ulama-ulama Islam. Ribuan Muslimah dirogol, ratusan perkampungan dibakar, ratusan masjid dimusnahlan, ribuan dipaksa tukar agama, tanah dan harta etnik Rohingya dirampas. Mengapa negara umat Islam yang berjiran di Asia ini masih diam membisu tidak berbuat apa-apa? Myanmar, hentikan zalimi rakyatmu sendiri!" kata editornya Hj Mohd Hasyim.

Turut bersama dalam penyerahan memorandum itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid. Seramai 13 NGO turut menyokong memorandum itu antaranya, Shura, Sekretariat For Ulamak Assembly Of Asia, dan PKPIM. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails