Friday, April 06, 2012

Syabas M'sia, Haram Balet Lucah -Dr Hj Mohd Hasyim


KL 6 Apr12: Syabas kerajaan Malaysia kerana tidak meluluskan permit kumpulan Singapura untuk mempersembahkan tarian balet, termasuk "The Nutcracker" ekoran pakaiannya yang menjolok mata dan lucah. Demikian pandangan Weblog Ibnu Hasyim.

Ballet Illuminations ikut programnya sepatutnya dipentaskan tiga kali hujung minggu ini. Tetapi Singapore Dance Theatre diberitahu bahawa Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi menggantung permitnya tanpa penjelasan, seperti dilapor Reuters.

Ia mengejutkan kumpulan itu yang sudah mementaskannya di Singapura, dengan pakaian ketat dan skirt pendek yang sama, sejak dua tahun lalu tanpa sebarang masalah. Bilqis Hijjas, presiden MyDance Alliance di Kuala Lumpur berkata, keputusan itu "amat dikesali" dan bakal merosakkan reputasi Malaysia sebagai tuan rumah persembahan seni.

"Penyanyi Ballet di Baghdad pun dibenarkan memakai pakaian balet di pentas," beliau dilapor berkata kepada sebuah portal berita.

Tetapi menurut editor Ibnu Hasyim, "Malaysia adalah negara berdaulat, tidak perlu mengikut rentak negara lain seperti Singapura, Bagdad, atau barat. Kita ada budaya sendiri, budaya Asia atau timur, berpelembagaan 'Islam sebagai agama Persekutuan', dan majoriti penduduk beragama Islam.

"Apa lagi bila mengamalkan budaya 'berpakaian telanjang', budaya rendah akhlak kembali kepada tamadun silam yang menjijikkan! Dari sudut ini, saya sokong dan ucap syabas kepada kerajaan Malaysia!

"Namun dalam PRU13 akan datang Pakatan Rakyat tetap pilihan terbaik... " Kata editornya Dr Hj. Mohd Hasyim. (IH)

1 comment:

Alias Bin Hasan said...

Salam semua...

Dalam hal ini bagus, yang penting akidah dulu kene jaga.

Taktik nak PRU ke??
Nak menang hati orang islam ke??
Non muslim macam mana pula??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails