Tuesday, April 03, 2012

Isi Rakaman Video Dr Hasan Ali -Gerakan Murtad?

PETALING JAYA 3 Apr 12: ‘Tiga ratus hingga 400 orang Melayu yang saya temui sendiri telah murtad.” Begitulah pengakuan salah seorang dari dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Ramli Abdullah (bukan nama sebenar), 47, turut memberitahu bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh Kristian yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

Menurutnya, beliau memeluk agama Kristian kerana daya tarikan kumpulan mubaligh terbabit yang sentiasa ambil berat tentang keperluan asas kehidupannya.

"Sepanjang saya mengikuti kegiatan mereka, kumpulan ini mempunyai 20 hingga 30 orang Melayu yang telah bekerja untuk mereka.

"Manakala selebihnya adalah warga asing yang kebanyakkannya warga Korea yang fasih berbahasa Melayu," katanya dalam satu rakaman video yang didedahkan oleh Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini.

Katanya, penglibatan dalam gerakan memurtadkan orang Islam ini bermula pada 2004 setelah kembali dari dihantar belajar oleh kumpulan terbabit di Singapura.

"Dalam gerakan ini tugas saya adalah untuk mendekati orang Melayu yang dikenal pasti berpotensi untuk dimurtadkan," katanya.

Ramli berkata, upacara pembaptisan yang dilaluinya diadakan di sebuah apartmen di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.

Menurutnya, oleh kerana dia orang Melayu, upacara berkenaan tidak boleh dijalankan di gereja dan mendakwa dia dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik upacara.

"Upacara ini dilakukan bagi membersihkan diri dan menjadikan saya orang baru dan kemudian saya perlu lafazkan sesuatu untuk menjamin tempat saya di syurga," katanya.

Ramli memberitahu, kumpulan ini tidak secara terus memberi ganjaran kepadanya, sebaliknya mereka memberi imbuhan secara berperingkat seperti makan minum yang dijaga rapi sehinggalah diberi wang secara bulanan mencecah RM5,000.

Hari ini, Hasan mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam, seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas Exco Selangor itu di sini.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.

Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun mendakwa telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu.

Wajah kesemua individu yang ditemu bual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan, kata Hasan dalam sidang medianya kemudian.

Wartawan juga tidak dibenarkan daripada merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut. (SH)

3 comments:

Anonymous said...

Kenapa dah kena TERAJANG baru nak dedah???????

Anonymous said...

Saudara,

Jangan jadi fanatik dgn politik sempit sampai dibutakan mata hati.

Saya kerja dengan Jab. Agama Selangor. Y.Bhg. Dato Dr. Hasan Ali adalah EXCO yang paling komited untuk perangi gejala rasuah & murnikan akidah umat Islam.

Dah lama kami dedahkan perkara ni. Tapi ingat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berani nak dedahkan & sokong usaha kami ni?

Yang berkuasa dalam Kerajaan PR Selangor, Perak & Penang ni sebenarnya DAP. MB Melayunya semua boneka je.

Sayang, sejak Dato' Hasan dipecat, dah tak ada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk pertahankan Islam di Selangor. EXCO & ADUN PAS semua dah jadi Syaitan bisu..

Mujur Dato' Hasan masih lagi istiqamah & tetap berjuang. Bersyukur Allah masih kurniakan individu seperti beliau.

Ramai lagi kat luar sana yang masih komited pertahankan kesucian Islam. Bukan setakat pandai maki hamun dalam blog sahaja tapi tak berani ambil tindakan dengan tangan. Lemahnya Iman kita semua.

Terima kasih Tuan Ibnu Hashim kerana siarkan komen saya ini.


-Non Partisan-

Anonymous said...

".Yang berkuasa dalam Kerajaan PR Selangor, Perak & Penang ni sebenarnya DAP. MB Melayunya semua boneka je."


KOMEN:

Masa zaman UMNO berkuasa dulu adakah EXCO dan ADUN masa itu juga "syaitan" bekerja dan MBnya boneka juga?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails