Friday, September 16, 2011

PAS Tunggu.. Lihat Akta Altrnatif Dulu -Abd Hadi

KL, 16 Sept 11: PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respon lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.

"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.

"Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respon terhadap pembatalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Ianya sebagai respon awal PAS berhubung pengumuman kerajaan memansuhkan akta yang sudah lama dituntut oleh Pakatan Rakyat agar dihapuskan itu. Biarpun ISA diumum akan dimansuhkan, Najib juga mengumumkan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan akta itu.

Selain itu, PAS juga kata Tuan Guru Abdul Hadi masih sangsi dengan pengumuman itu ekoran ianya dibuat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihanraya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional.

"Setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihanraya barulah ia dihapuskan," katanya.

PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu menentang akta ISA dan menganggapnya satu akta zalim kerana membuat "tahanan tanpa bicara" kepada mangsa akta itu. Selain ISA, mereka juga sebelum ini mendesak beberapa akta serupa seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Pengumuman Najib dimalam Hari Malaysia dan disiarkan secara langsung sebelum hadir ke perayaan Hari kebangsaan pada esoknya menandakan UMNO sedang parah.
UMNO yang digahkan kuat dan bertenaga nampak kecut dan layu apabila Presidennya bercakap tentang reformasi pelbagai undang-undang HANYA selepas ditempelak dalam demonstrasi besar BERSIH Julai lalu.
Kemuncak Bersih 2.0 adalah kemuraman bendera Malaysia di seluruh Lembah Kelang yang seperti tidak wujud.
Pengumuman Naji itu juga sekaligus membenarkan telahan PAS dan kritik UMNO bahawa Najib sedang diserang oleh no2 dan Mahathir serta kuncunya.
Kuncu Mahathir yang terlepas habuan selepas Najib menggantikan Pak Lah marah keran Rosmah bolot semua projek tetapi mereka tidak berani buka mulut.
Mahathir sendiri takut untuk mengkritik Rosmah seperti dia mengkritik keluarga Pak Lah.
Mahathir tidak puas hati kerana Anwar dibebaskan dan kini semakin kuat walau difitnah oleh Najib dan kuncu berterusan.
Mahathir sedang merangka agar anaknya aka ejadi calon TPM kelak.
Dia tidak senang anak Hussein Onn sedang meningkat naik dan bakal menjadi TPM kelak.
Mahathir mahu pastikan ini tidak berlaku.
Najib mesti digulingkan sebelum PRU13.
TETAPI Najib sedar, dia buat progam baru nak malukan Mahathir dan juaknya termasuk dalam Perkasa.
Najib berharap Perkasa akan bungkus bersama Mahathir.
PRU13 akan menyaksikan peperangan saraf pua Najib menentang Mahathir.
Najib perlu mematikan juak Mahathir jika ingin terus kekal sehingga PRU113. Jika tidak, dia bukan calon di Pekan Pahang untuk PRU13 nanti.
Mungkin PRU13 bulan depan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails