Tuesday, November 16, 2010

60% Penduduk Malaysia Gemuk -M/Kesihatan

KESIHATAN

Gejala itu membolehkan Pertandingan Ratu Gemuk diadakan sempena sambutan ulang tahun pusat beli-belah Sungei Wang ke-30 di Kuala Lumpur satu ketika dulu. – Gambar hiasan

KL 16 NOV 10: Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang melahirkan kebimbangan kerana ia merangkumi semua peringkat umur.

"Sekarang ini, selain orang dewasa, kita boleh lihat kanak-kanak turut terdedah kepada pelbagai penyakit kerana masalah kegemukan," katanya selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tahun 2010 di sini semalam. (AK)

Lihat petua atasi gemuk dan awet muda...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails