Tuesday, November 16, 2010

Siasatan Y/Selangor Belanja RM300,000 Bermula



SHAH ALAM 16 Nov 10
: Siasatan awal berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor telah dimulakan. Demikian dalam satu kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kelmarin.

Timbalan Pengurus Besar yayasan itu, Mohd Sharifuldin Sulaiman telah diarah cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai.

"Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan," kata MB Selangor itu lagi.

Beliau juga mahu Datuk Seri Noh Omar yang membuat penjelasan berhubung kenyataannya semalam yang mendakwa majlis makan tengahari sempena ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor adalah RM800,000.

"Angka yang diberikan kepada saya hanya RM300,000." Nafi beliau.

Majlis itu sepatutnya diadakan semalam namun dibatalkan selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak hadir kerana dukacita setelah dimaklumkan perbelanjaan melebihi RM300,000. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails