Tuesday, November 16, 2010

Cerita Lucah Internet, Dijual Dlm DVD


RAMPAS...sebahagian DVD yang dirampas dalam serbuan, semalam.
Rampas.. sebahagian DVD yang dirampas dalam serbuan, semalam.

KL 16 NOV 10: Seorang pemilik kedai menjual cakera video digital (DVD) lucah di Taman Seri Segambut, di sini, dikesan menggunakan taktik baru dengan memuat turun cerita lucah dari Internet terus ke dalam bentuk DVD selepas dipilih pelanggan mengikut cita rasa masing-masing.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila kedai terbabit diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kuala Lumpur, tengah hari semalam.

Serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu berjaya merampas DVD dianggarkan bernilai lebih RM13,000 termasuk DVD tanpa sijil perakuan B dan lucah, malah semua DVD itu ditemui di sepanjang laluan anak tangga menuju ke bahagian atas kedai terbabit.

Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN Kuala Lumpur, Nor Aziah Abdullah, berkata hasil pemantauan KDN selama seminggu, taktik licik penjual DVD lucah terbabit dikesan sebelum serbuan dibuat.

Menurutnya, serbuan yang dilakukan ketika waktu rehat itu mendapati ramai pelanggan asyik mencari bahan lucah baru untuk dimuat turun seterusnya dibeli jika berpuas hati dengan jalan cerita porno terbabit.

“Hanya berbekalkan RM80 sebulan untuk melanggan laman web lucah di Internet, pemilik kedai terbabit mampu mengaut keuntungan berlipat ganda,” katanya.

Nor Aziah berkata, pemilik kedai terbabit kini ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 (4) (a) dan Seksyen 5 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 bagi kesalahan mengedar DVD tanpa Perakuan B dan filem lucah. (Sumber myMetro/AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails