Thursday, November 18, 2010

China: Orang Tua Ramai Dari Orang Muda. Mengapa?

CATATAN SANTAI

China

Di China, penduduk tua lebih ramai dibanding yang muda

Cina

Bawah: Ibnu Hasyim di Maqam Abi Waqqas di China..

"KINI, jumlah penduduk menjadi problem di China, kerana rasio orang tua terus meningkat tajam, berbanding terbalik, dengan jumlah anak mudanya.." kata seseorang yang datang dari China sewaktu bertemu saya di KL baru-baru ini. Dia seorang pensyarah di sebuah universiti di China sewaktu saya melawat ke tempatnya tahun lepas.

Menurutnya, Cina juga menghadapi masa depan ketika ramai lelaki tidak dapat jodoh isteri kerana terjadi tidak seimbang jumlah lelaki dan perempuan. Penduduk Cina pula lebih suka dapat anak lelaki dibanding anak perempuan. Ramai yang menggugurkan kandungan bila tahu janinnya perempuan.

"Bagaimana pandangan anda?" Dia tanya saya.

Dilihat dari sudut sejarah, Mao Zedong yang berkuasa di Cina dari tahun 1949 hingga kematiannya tahun 1976 menganggap pertumbuhan penduduk yang pesat sebagai kekuatan produksi yang diperlukan Cina untuk menjadi negara kuasabesar. Beliau bertindak tegas kepada penentang yang mempertikainya.

Tetapi bila penggantinya Deng Xiaoping mengambil alih, lain pula jadinya. Deng merasa populasi Cina yang besar membebani pemulihan ekonomi yang masih rentan gara-gara kekacauan politik selama bertahun-tahun. Pada 25 September 1980, Biro Politik Partai Komunis mengeluarkan surat terbuka ke semua anggota partai dan liga pemuda komunis agar mereka hanya mempunyai satu anak saja.

Saya terang kepada kawan saya itu, "Pada saya, dengan terbitnya surat itu, saya anggap itulah bermulanya penerapan 'politik satu anak' (istilah saya sendiri) di China yang kontroversi. Kerajaan kamu telah mengumumkan bahawa politik itu telah membantu menurunkan angka kelahiran hingga 400 juta dalam 30 tahun terakhir.."

Pemerintahnya berulangkali menekankan bahawa projek politik satu anak itu dianggap berjaya membantu meringankan pembangunan ekonomi dan masyarakat, yang tetap akan diteruskan. Namun ada juga kritik-kritik yang mempertikainya.

Satu team termasuk dari akademisyen Cina telah menemukan faktor turunnya kelahiran adalah lebih disebabkan jatuhnya 'tingkat kesuburan' (atau jumlah anak yang akan dilahirkan oleh seorang perempuan semasa hidupnya) di tahun 1970an adalah kerana kerajaan menekankan projek tundaan perkawinan, meletakkan jarak lebih panjang antara kelahiran dan pengurangan jumlah anak.

Menurut Profesor Wang Feng dari Universiti California yang memimpin penelitian ini, turunnya tingkat kesuburan di Cina adalah kerana telah diperkenalkan alat kontrasepsi tahun 1978. Tingkat kehiran per keluarga rata-rata turun dari lima menjadi dua.

Setelah 30 tahun, kelemahan politik satu anak ini mula terserlah. Walau Cina masih memiliki populasi terbesar di dunia, sebuah laporan dari Asosiation Ilmuwan Sosial Cina yang diterbitkan bulan lalu menunjukkan pemerintah terlalu membesar-besarkan persoalan tingkat kesuburan ini, yang sepatutnya di tarik balik. Belum jelas bila Beijing akan mencabutnya. Tetapi ada kemungkinan persoalan ini akan dibincangkan dalam pertemuan komite partai bulan depan.

Pada saya sebagai seorang Islam, masih berpegang kepada pesan Nabi SAW, berkahwin dan beranaklah, sesungguhnya beliau gembira dengan umatnya yang ramai. Apalagi di masa sekarang, di dalam suasana perang yang tidak dapat dielakkan, jumlah ramai dan orang-orang muda amat diperlukan. Kalau di Malaysia pertarungan melalui 'peti undi', kira satu kepala untuk satu undi, bukan kira nilai tinggi atau cerdik di dalam kepala.

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Nov 18, 2010
KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails