Saturday, November 20, 2010

Banjir Serang Mekah, Raja Abdullah Sakit..


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.

MEKAH - 20 NOV10: Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan. Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu. Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang. Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik. Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki. Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.


BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.

Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia. Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi

Komen weblog Ibnu Hasyim: Apa kena mengena banjir dengan sakit dengan umur Raja Abdullah? (AK)

9 comments:

blogmaster said...

Assalamualaikum , tuan blog yang budiman serta pembaca blog ini yang dihormati, di sini ada 1 jemputan:

Ekspo Perdagangan Antarabangsa Cheng Ho, Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu, Kelantan
21- 26 November 2010 / 10 pagi - 10 malam. Semua dijemput hadir.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan Ingin menjemput tuan, puan, saudara, saudari, adik,abang dan kakak serta seluruh Rakyat Malaysia yang dihormati untuk turut memeriahkan Ekspo Perdangangan Antarabangsa Islam @ Ekspo Cheng Ho (Kelantan-China) pada 21 hingga 26 November 2010/ jam 10 pagi hingga 10 malam.
Bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan

- Pameran Teknologi Bertaraf Dunia dari China
- Pameran Perniagaan Malaysia dan China
- Pesta Makanan Halal IKS Tempatan & Antarabangsa
- Pameran Ilmiah Tamadun
- Pameran Sejarah Islam & Pelayaran Cheng Ho
- Forum Perniagaan & Business Matchmaking
- Pertunjukan Fesyen Islam
- Pertunjukan Akrobatik


Bagi mereka yang tidak dapat hadir, masih boleh kunjungi Ekspo Cheng Ho ini secara "Maya@ Virtual" melalui saluran web/ blog berikut:

Blog Media Cheng Ho Expo www.chenghoexpo.blogspot.com
Online Expo di - www.chenghoexpo.net
TV 6 TV Malaysia.net - www.tvmalaysia.net
dan Web YB Dato Husam Musa - www.husammusa.com


Terima Kasih.

Anonymous said...

гадание на отношение парня 89764 ))

Anonymous said...

узнать будущего мужа бесплатно 84239 :-(

zmah said...

Semoga Raja Abdullah segera sembuh.

Anonymous said...

Raja Abdullah akan berada di Amerika Syarikat bagi rawatan sakit tulang belakang. Usia beliau sudah hampir 90 tahun. Lebih menarik beliau seusia dengan Raja Fahad yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Soalannya, bagaimana mungkin King Abdul Aziz ini mempunyai anak seusia? Kembar? Tidak. Mereka adalah anak-anak Abdul Aziz yang membentuk dinasti AsSaud sebagai pemerintah penuh negara yang atas nama keluarga mereka Arab Saudi selepas merampas Nejd dari keluarga Rashidiyyah.
Raja Abdullah dan Raja Fahad adalah adik beradik lain emak.
Tetapi perhubungan mereka adik beradik amat kuat dan tidak pernah dipisahkan oleh ibu yang berlainan.
Adakah ini yang berlaku kepada orang Islam di Malaysia?
Berbalik kepada Raja Abdullah yang mungkin telahpun berada di Amerika Syarikat untuk rawatan sekarang ini. Berapa ramaikah lagi anak-anak lelaki Raja Abdul Aziz pelopor dinasti Saud ini yang menunggu giliran masing-masing untuk menjadi raja negara Arab terpenting dan dengan gelaran Khaddam haramain? Jika Raja Abdul Aziz ini meninggal dunia pada tahu 1953, tidak mustahil, naka lelakinya yang paling muda berusia sekitar 57 tahun. Bererti anak-anak Abdul Aziz ini kana kekal menguasai Haramain untuk sekitar 30 tahun lagi mungkin?
Sebelum diambil alih oleh cucu-cucunya pula.

Anonymous said...

My cousin recommended this blog and she was totally right keep up the fantastic work!

Anonymous said...

перечитал весь блог, довольно неплохо

Anonymous said...

[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#kuurl]buy cialis[/url] - cialis online , http://buycialispremiumpharmacy.com/#hnfdo buy cialis online

Anonymous said...

[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#qqzud]buy viagra[/url] - buy viagra , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#czzyy viagra online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails