Monday, November 15, 2010

Bajet 2011 PPg. Memartabatkan Rakyat


GEORGE TOWN, 15 Nov 10: Kerajaan negeri Pulau Pinang menganggarkan bajet keseluruhan bagi tahun 2011 sebanyak RM900.35 juta iaitu peningkatan sebanyak RM186.56 juta atau 26.14% berbanding 2010 sebanyak RM713.79 juta.

Mereka turut menganggarkan hasil yang dikutip berjumlah RM385,326,170 iaitu peningkatan RM60.29 juta atau 18.55% berbanding anggaran semasa 2010 (RM325.04 juta). Dalam usaha menjaga kebajikan rakyat, sejumlah RM20 juta diperuntukkan untuk permberian RM100.00 kepada semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di negeri itu.

Antara kebajikan lain yang turut diberi perhatian termasuk pembayaran RM1,000.00 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2010, bantuan tahunan RM100 kepada warga kurang upaya OKU dan kepada ibu tunggal yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan berumur kurang 60 tahun.

Selain itu, sejumlah RM20 juta duiperuntukkan untuk pengambilan balik tanah bagi pembesaran tapak perkuburan Islam berhampiran Masjid Jelutong. Bagi melicinkan urusan berkaitan hal ehwal agama Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama diperuntukkan RM24.76 juta mencakupi pembangunan RM7.05 juta, mengurus RM13.38 juta dan RM4.33 juta untuk elaun pegawai masjid dan guru kelas KAFA, pemberian para Huffaz, sumbangan Ehya’ Ramadhan, kerja-kerja pembaikan Masjid Negeri dan program-program sambutan kebesaran Islam.

Agenda utama kerajaan dalam bajet 2011 adalah ke arah memartabatkan rakyat dengan berkonsepkan 3P iaitu perkasakan rakyat, perkuasakan rakyat dan perkayakan rakyat.

Selain itu, kerajaan negeri juga memberi fokus untuk merancakkan lagi sektor pelancongan, meningkatkan kualiti alam sekitar dan landskap, kemudahan infrastruktur dan utiliti, memperkasa sektor pertanian dan penternakan serta menggalakkan sektor perdagangan dan memantapkan kepentingan hal ehwal pengguna.

Dalam bidang pendidikan pula, sebuah Hab Pendidikan Cemerlang di Pondok Upeh dan Genting, Balik Pulau akan didirikan atas tanah seluas 201.4 ekar dengan anggaran kos keseluruhan RM165 juta. RM12.0 juta pula diperuntukkan untuk Program Bantuan Pendidikan yang akan dimanfaatkan oleh 172 buah sekolah, meliputi Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dan Sekolah Mubaligh.

Kemudahan bantuan juga disediakan melalui Tabung Amanah Biasiswa Kecil Negeri bagi membantu pelajar-pelajar miskin di tingkatan 1 hingga 5.

Sebelum ini dari hal bajet..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails