Wednesday, December 02, 2009

PM Malaysia 'Tidak Logik' & 'Primitif'? -Husam Musa



KUALA LUMPUR, 2 Dis 2009: KELANTAN tidak layak mendapat royalti minyak kerana perjanjian petroleum dilakukan antara Malaysia dan Thailand, bukannya antara Kelantan dan Thailand.

Itulah alasan Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak logik seperti yang dinyatakan oleh Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dalam rancangan Agenda Awani, suatu rancangan terbitan Astro 30 minit saluran 501 semalam.

Apa tidaknya, “Kawasan Perairan Bersama (JDA), paling dekat Kelantan iaitu 150 kilometer, tetapi paipnya tidak dinaikan di Kelantan (dan) sengaja dinaikkan di Songkla (Thailand) yang jauhnya 230 kilometer,” dakwa Husam.

Mengenai penafian hak kerajaan negeri Kelantan menguruskan wang royalti minyak, Husam menyarankan Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar bersikap terbuka dengan kerajaan negeri..

“Kita perlu ada sikap terbuka dengan idea yang baru dan yang berbeza yang berasaskan keadilan... Perdana Menteri kita (iaitu) Datuk Seri Najib Tun Razak perlu beri duit itu kepada (kerajaan) Negeri.

“Jika (kerajaan Pusat) mahu menguruskan bersama duit royalti dengan (kerajaan) Negeri, itu boleh dibincangkan, tetapi janganlah diletakkan di bawah ketiak kita, kerana itu duit orang (kerajaan Kelantan),” katanya.

Baginya, duit itu milik rakyat Kelantan, mengapa diletakkan di bawah pusat dengan alasan-alasan yang tidak lojik.. Penafian hak kerajaan negeri Kelantan menguruskan wang royalti minyaknya membuktikan kerajaan pusat berfikiran primitif.

“Kalau perkara sekecil itu pun, (kerajaan) Pusat masih berfikiran primitif, sudah tentu sukar bagi kita menemui kebijaksanaan yang baik untuk Malaysia,” katanya.

Rancangan tv tersebut dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman turut menampilkan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed selaku panel regu Husam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tidak logik ertinya tidak masuk akal. Primitif pula bermakna mundur atau berbalik ke belakang. Kerajaan Malaysia nampaknya sedang berjalan ke belakang dalam keadaan bertindak tidak masuk akal, seperti dalam kes royalti minyak Kelantan. Sanggup menyusu kera di hutan dengan membiarkan anak sendiri kering kelaparan.

Dengan tidak memikirkan agama sendiri dan rakyat Malaysia. Bukankah hal ini tidak logik atau tidak siuman dan membawa Malaysia mundur ke belakang? (AK)

2 comments:

Anonymous said...

Kalau Kerajaan BN/UMNO memang berani dan tak mengendahkan perjanjian yang di persetujui antara Petronas dan Kerajaan Kelantan, sila BATALKAN semua Akta Kontrak yang di gunapakai selama ini(Akta Kontrak 1950, Akta 136 ; Akta Kontrak (Pindaan) 1976, Akta A329 dan lain2).

Anonymous said...

sesuatu yg menarik. husam sentiasa ada idea hebat untuk rakyat kelantan tapi ada pemimpin pas kelantan sendiri tak suka husam.

liputan media semasa pru, projek bela kambing, pokok gharu, sekarang royalti minyak husam lebih kehadapan berbanding calon 'ulama' bakal mb kelantan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails