Saturday, December 05, 2009

50 NGO Tubuh 'Gegar' Tuntut Hak Royalti Minyak


KOTA BAHRU, 5 Dis: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menggesa kerajaan supaya mengembalikan wang royalti kepada kerajaan Kelantan secara adil mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Pusat juga, sewajarnya menjelaskan hasil royalti kepada kerajaan Kelantan sebagaimana perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof, dalam sidang medianya memberitahu, bagi menjayakan hasrat yang dicapai itu juga, pihaknya akan mengembeling tenaga bersama semua masyarakat tanpa mengira faham politik, bangsa dan agama dengan memberi kesedaran pelbagai cara.

“Pada masa yang sama juga, Gegar akan menganjurkan Konvensyen Rakyat: Royalti Petroleum Antara Hak atau Ehsan? Di Kuala Lumpur Januari tahun hadapan,”ujarnya.

Menurutnya, bekas Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen Gua Musang akan dijemput bagi menjayakan program yang julungkali akan dianjurkan Gegar itu.

Pada masa yang sama, menurutnya pihaknya akan mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua masyarakat di negara ini mengikuti program terbuka yang dianjurkan Gegar itu.

Gegar adalah gerakan yang menggabungkan 50 pertubuhan badan-badan Ngo di dua buah negeri.

Ianya ditubuhkan bukan sahaja untuk menuntut hak royalti rakyat Kelantan, sebaliknya Terengganu yang telah lama memperolehi hasil tersebut namun kedudukan negeri itu masih ditempat kedua kemiskinan di negara ini.(Harakahdaily/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mampukah 'Gegar' gegarkan penyelewengan Najib? Siapa yang gegar, siapa yang gege..

4 comments:

Unknown said...

Salam. Perjuangan menuntut hak adalah sebahagian daripada hak asasi manusia. Tetapi hak itu tidak pernah wujud di Malaysia, sebuah negara yang berusaha menempatkan diri sebagai negara maju (mungkin maju ke belakang kot!)

Ibnu Hasyim said...

Tuan, sila baca 'Bank Islam Terus Pekak, 3 Pegawai Polis Bukit Aman Datang Siasat..'di muka depan blog ini. Apa pandangan tuan?

Boleh dapat balik duit yang hilang itu.

Unknown said...

Salam. Selama tiga tahun saya membuat program "outreach" bagi menyedarkan masyarakat tentang hak kepenggunaan mereka dalam hal kewangan, saya menasihati orang ramai supaya terus menghubungi/melaporkan kepada pihak Financial Mediation Bureau atau Bank Negara Malaysia (LINK) sekiranya mereka menghadapi masalah perbankan atau insurans. Itu pun selepas tiada respons diperoleh daripada pihak bank yang berkenaan. Inilah prosedur yang betul. Kadang-kadang melakukan sesuatu tanpa ikut prosedur boleh menimbulkan kerumitan. Artikel mengenai perkara ini ada disisipkan diblog saya. Tuan dijemput membacanya dan berkongsi dengan pembaca-pembaca tuan.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih tuan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails