Thursday, August 27, 2009

Masjid Cina Pertama, Berkonsep 1 Malaysia.


Masjid Cina di Rantau Panjang

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEMALAM saya masuk ke Malaysia dari Thailand melalui Sungai Kolok, berbuka puasa di Rantau Panjang. Dalam perjalanan dari sempadan ke pekan Rantau Panjang melintas sebuah masjid yang baru siap dibina. Masjid yang dibina menurut senibina pagoda Cina di atas tapak seluas 3.7 ekar dikatakan bernilai kira-kira RM7.2 juta, disebut sebagai Masjid Cina atau Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Hal ini membuktikan bahawa Kelantan di bawah Tok Guru Nik Abdul Aziz lebih rasional dalam mengambil langkah ke hadapan mengembangkan Islam di kalangan masyarakat berbagai kaum. Inilah antara ciri-ciri satu Malaysia yang diciptakan oleh PM Malaysia baru-baru ini. Cuma bedanya satu Malaysia ini berteraskan Islam, satu Malaysia Najib tidak berteraskan Islam. Walaupun masjid masih belum dibuka secara rasminya, tetapi telah digunakan sepenuhnya untuk solat, berbuka puasa, tarawih dan sebagainaya.

Tidak seperti sesetengah masjid yang dibangunkan kerajaan BN, selagi tidak dirasmikan tidak dibenarkan rakyat menggunanya. Masjid ini akan dirasmi oleh Sultan Kelantan apabila kesihatan beliau agak pulih.. begitu menurut cerita anak-anak jamaah di situ.
Namun ianya tetap dibuka kepada umat Islam untuk sembahyang, pelawat-pelawat juga dibenarkan untuk melihat senibina masjid dan sebagai tempat untuk berehat kerana ada disediakan tempat khas di ruangan bawah masjid.

Kewujudan masjid ini dijangka akan menarik ramai pelancong datang untuk melihat masjid yang satu-satunya terdapat di Negeri Kelantan sepertinya. Setakat ini, sambutan daripada pengunjung-pengunjung adalah diluar jangkaan. Mereka terdiri daripada pelawat-pelawat luar Kelantan dan penduduk di Selatan Thailand. Memang di Melaka sudah lama dibina masjid bercirikan rekabentuk Cina seperti ini oleh golongan-golongan agama terdahulu.

Tetapi setakat ini kerajaan Malaysia masih belum mengiktiraf atau bercita-cita untuk memajukan sejajar dengan konsep satu Malaysia yang berteraskan Islam. Bahkan tuntutan-tuntutan dari kaum Cina Islam yang mahukan Masjid Cina terus berkumandang, sehingga pihak kerajaan menjanjikan tapak Penjara Pudu di KL untuk dijadikan Masjid Cina. Bila nak siap? ..allahu 'aklam. Kerana masih belum dimulakan pembinaannya.

Sekian, catatan santai kali ini..

Ibnu Hasyim
27 Ogos 2009.
KL.

Sila lihat artikel berkaitan..

1..Pusat Pengkayaan Budaya Cina Islam Global -Lim Gua...
2..Masjid Cina: Pembongkaran Kecinaan Seorang Hang Tu...
3..Masjid Cina: Hang Too Ah & Misteri Masjid Tak Siap...
4..Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu
5..Dari Niaga Depan Masjid Ke Peniaga Global..
6..Antara Masjid Negara KL & Masjid Huai Sheng China....
7..Dari Niaga Depan Masjid, Ke Guangzhou

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails