Friday, August 28, 2009

Bekas Bintang Sukan Jadi Pendakwah Kepada Remaja..

SUKAN

Gambar Atas: Abdul Rauf semasa bersukan dulu.. Gambar Bawah: Setelah mendapat kemanisan iman dalam memperjuangkan Islam sebagai pendakwah.

MALAM itu, di tingkat dua masjid di Gulport, Mississipi, Abdul Rauf memberi ceramah di hadapan kebanyakan anak-anak muda remaja dalam acara makan malam dan kutip derma untuk sekolah Islam masjid tersebut. Dalam ceramahnya, beliau berpesan, kepada anak muda itu supaya tegakkan Islam dimanapun mereka berada dan menuntut ilmu sebanyak-banyak yang boleh.

"Ilmu dapat menukar seorang hamba menjadi raja." kata Mahmoud Abdul Rauf, mantan bintang National Basketball Association (NBA) yang kini menjadi imam masjid yang didirikan sendiri itu. "Kita senantiasa melihat pendidikan sebagai bekal untuk mencari kerja demi kebebasan kewangan. Tetapi kita lupa tujuan utama pendidikan yang sepatutnya menjadi bekal bagi seseorang, agar dapat bertahan dalam hidup."

Beliau membandingkan pendidikan Barat yang berasaskan sekularisme, memisahkan antara negara dengan agama. Menurutnya, pendidikan dalam Islam perlu mencakup dalam segala aspek kehidupan. "Umat Islam tidak boleh menyingkirkan agamanya ke dalam suatu juzuk yang terpisah."

Beliau menunjukkan hasil kajian dilakukan oleh beberapa profesor di Universiti Harvard dan Universiti Yale yang menunjukkan bahawa anak-anak Afrika memiliki bakat 'lebih cepat menangkap pelajaran'. Katanya, "Sejarah membuktikan bahawa orang-orang Afrika dan Muslim adalah penemu disiplin ilmu moden seperti aljabar dan berbagai ilmu pengetahuan lainnya."

Ketika masih menjadi bintang di NBA dulu, Abdul Rauf pernah membuat gempar, tidak mahu berdiri sewaktu mendengar lagu kebangsaan negara. Menurutnya, sikap itu lahir dari agama yang dianutnya dalam kehidupan harian. "Saya memanfaatkan kontroversi itu sebagai alat untuk menjelaskan pada orang lain tentang agama saya," tukas Rauf.

Di mana akhirnya beliau berjaya meyakinkan orang ramai untuk menghormati nilai dan prinsip yang dianutnya. Mereka menghormati Rauf bahkan dalam banyak hal mereka mengikuti langkah beliau. Beliau berpesan pada anak-anak Muslim khasnya, yang bersekolah di sekolah biasa yakni bukan sekolah Islam, agar dapat memilih kedudukan sebagai pemimpin dan melakukan pendekatan seperti beliau, terutama kepada yang bukan Islam.

"Kita perlu belajar sejarah kita, fahami masa yang sedang kita lalui dan siapkan masa depan kita!" Jelas Abdul Rauf mantan bintang NBA itu.

Beliau pernah bermain untuk Kelab Basket Denver Nugget dari tahun 1990-1995. Beliau adalah bintang kumpulannya yang menang penghargaan sebagai pemain paling hebat persembahannya pada tahun 1993. Kemudian berpindah ke Kelab Basket Sacramento Kings dan ke Kelab Vancouver Grizzlies, yang membawa kemenangan pada kumpulannya pada tahun 1994 dan 1996. Tetapi akhirnya beliau memilih bidang dakwah, meninggalkan bidang basket, dengan membangun masjid di kota kelahirannya di Gulport, Mississipi dan menjadi imam di masjidnya itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa beliau sanggup jadi begitu? Kerana beliau sudah bertemu 'kemanisan iman' dalam beragama. Malang bagi kita yang masih belum jumpa manisnya iman.. Allahu 'aklam. (2MA)

2 comments:

Anonymous said...

Yang pentung ditekankan di sini ialah hidayah Allah Taala boleh datang kepada siapa saja.
Beruntunglah orang yang mendapat hidayah Allah.
Alangkah rugi seorang yang bapa dan datuknya menganut Islam tetapi dia tidak mendapat hidayah.
Ruginya Obama dengan nama Islam tetapi bapa dan bapa tirinya tidak pernah membimbingnya kepada Islam.
Rugi lebih besar kepada adik tirinya yang lahir dari bapa Islam Jawa Indonesia yang tidak mahu menganut Islam.
Rugi Obama yang kerap ke mesjid waktu darjah satu di Jakarta tetapi itu hanya menjadi tempat bermain bersama anak-anak Jawa lain di kota Jakarta pada waktu solat Jumaat.
Semua kekayaan dan kedudukan serta pangkat tidak ada apa-apa makna tanpa Iman dan amalan mengikut sunnah Rasulullah.
Yang untung hanyalah yang dapat beramal dengan kalimah Syahadah.

Abdillah said...

Betul..saya sokong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails