Friday, August 28, 2009

Main Bola Boleh Tidak Puasa -Daral-Ifta Mesir.. Malaysia?

SUKAN

KAHERAH - MENURUT Berita AFP, Institusi agama terbaik Mesir, Dar al-Ifta mengecualikan pasukan bola sepak kebangsaan negara itu daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan antarabangsa, kata pegawai institusi tersebut.

Namun begitu, pemain-pemain bola sepak tersebut enggan berbuat demikian meskipun telah diberi kelonggaran. Fatwa itu dibuat bagi memberi keselesaan kepada pemain menjelang Kejohanan Remaja Dunia di Mesir. Kejohanan antarabangsa itu dijadualkan bermula 23 September ini iaitu selepas beberapa hari berakhirnya bulan Ramadan. Keputusan yang diambil oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada beberapa buah negara yang tidak mahu bertolak ansur dalam isu ponteng puasa.

Dar al-Ifta yang merupakan institusi keagamaan negara tersebut telah menjelaskan peraturan agama mengenai hukum berpuasa dan isu berhubung fatwa tersebut dengan 'membenarkan pemain-pemain untuk berbuka puasa'. Oleh demikian, amalan berpuasa tersebut tidak akan mengganggu sesi latihan yang dilakukan untuk menghadapi kejohanan bawah 20 itu, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Mesir, Alaa Abdel Aziz.

"Namun begitu, pemain-pemain telah bertindak menolak kelonggaran tersebut. Mereka berkeras untuk meneruskan puasa," kata Alaa.

Dar al-Ifta mengesahkan perkara tersebut telah menimbulkan isu dan menjelaskan bahawa, seseorang pemain itu terikat dengan kontrak bersama kelab mereka dan harus memenuhi tugasnya sebagai pemain. Jelas institusi itu lagi, jika kerja itu adalah sumber kepada pendapatan mereka dan harus terlibat dengan perlawanan ketika bulan Ramadan, puasa akan memberi kesan kepada tahap prestasi mereka.

Oleh sebab itu, pemain-pemain dibenarkan untuk berbuka puasa, kata jurucakap Dar al-Ifta, Ibrahim Nigm. Pandangan ulama turut menyatakan bahawa setiap pekerja yang melakukan kerja sukar dan boleh menjadi lemah kerana kesan berpuasa, golongan itu dibenarkan untuk berbuka, kata Ibrahim lagi. Namun begitu, fatwa yang dikeluarkan oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada Barisan Cendekiawan Al Azhar, kumpulan pemikir dasar Islam.

Kumpulan itu menyatakan: "Bermain adalah bermain. Ia bukan daripada bahagian kehidupan yang penting dan membolehkan golongan itu berbuka di bulan Ramadan," katanya. - AFP

Blog Ibnu Hasyim: Kita tunggu fatwa dari Malaysia pula..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails