Tuesday, May 12, 2009

KSN: Penggantungan Abdul Rahman dan Ahmad Kamal tidak sah


Beliau berkata Menteri Besar tidak mempunyai kuasa daripada segi undangundang untuk menggantung kerja keduadua pegawai itu kerana kuasa untuk mengantung kerja seseorang pegawai awam adalah terletak pada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan.

"Bagi Penasihat UndangUndang, kuasa itu terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan manakala bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, kuasa tersebut terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar dalam talian yang menyatakan sebaik mengambil alih semula pentadbiran negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengantung tugas Abdul Rahman dan Ahmad Kamal. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohd Sidek berkata pengantungan kerja seseorang pegawai awam adalah tertakluk kepada peruntukan dalam PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

Mengikut Peraturan 45(1) PU (A395/1993) pula, Mohd Sidek berkata seseorang pegawai awam boleh digantung kerja jika seseorang pegawai itu telah disabitkan oleh manamana Mahkamah Jenayah atau satu perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah, perintah tahanan buang negeri pengawasan, kediaman terhad dan sebagainya telah dibuat terhadap pegawai itu.

Justeru katanya dalam keadaan kes itu, memandangkan alasanalasan pengantungan tidak berbangkit maka keduadua pegawai tidak boleh digantung kerja.

Ketika ditanya sekiranya Mohammad Nizar tetap berkeras dengan keputusannya itu, beliau berkata:

"Sebagai penjawat awam kita mengikut peraturan maka soal pertentangan tidak timbul, apa yang perlu ialah melaksanakan tugas mengikut peraturan".

Mohd Sidek berkata beliau akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada keduadua pegawai terbabit hari ini. BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Pelik dan pelik...
Seorang kekaitangan awam negeri sepatutnya mengikut arahan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.
Jadi kenyataan KSN tadi seolah-olah tidak ada kuasa Perdana Menteri dalam menentukan kuasa pelantikan kakitangan awam.
Jadi siapa sebenarnya yang melantik kakitangan awam?
Siapa pula yang melantik KSN sendiri?
Siapa pula yang mencadangkan nama dan menentukan proses perlantikan semua pegawai kana kerajaan?
Satu lagi soalan, bila bercakap tentang kakitanga awam adakah ini merujuk kepada pegawai kerajaan?
Kerajaan siapakah yang dimaksudkan ini?
Adakah kerajaan persekutuan berkuasa keatas perlantikan kakitangan kerajaan negeri?
Adakah kuasa kerajaan persekutuan mengatasi kuasa kerajaan negeri?
Adakah kerajaan persekutuan boleh menentukan kuasa kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat negeri tersebut?
Bolehkan seorang kakitangan kerajaan yang dibayar gaji hasil kutipan cukai ke atas rakyat menetukan corak perjalanan sesebuah kerajaan negeri?
Bukankah kakitangan awam HANYA menjalankan tugas yang diarahkan oleh sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat?
Kenyataan seorang KSN seolah-olah kerajaan negeri tidak ada kuasa dalam menentukan perjalanan kerajaan negeri sama sekali.
Sedangkan semua perlantikan pegawai yang datang dari agensi kerajaan pusat adalah dianggap sebagai dipinjamkan.
Yang mana jika kerajaan negeri idak berkehendakkan perkhidmatan kakitangan kerajaan persekutuan tersebut, maka belaiu mestilah dipindah keluar ke agensi kerajaan pusat.
Kenapa ada 2 skim perkhidmatan di semua negeri dalam persekutuan Malaysia?
Bolehkah seorang kakitangan awam yang dilantik oleh kerajaan negeri berkhidmat dalam agensi perkhidmatan kerajaan pusat?
Bolehkah kakitangan kerajaan negeri A berpindah perkhidmatan kepada agensi di negeri B?
Jika semua negeri mempunyai suruhanjaya perkhidmatan awam di negeri masing-masing, mengapa perlu kakitangan awam dari agensi persekutuan datang berkhidmat di peringkat negeri?
Semua kenyataan segera dan pantas serta pendengaran serta keputusan pantas mahkamah rayaun dengan peguam negara yang masuk campur dalam urusan kerajaan negeri menunjukkan betapa ramai kakitangan yang KONON_KONON pandai tentang peraturan dan perundangan nampak jahil dan kebudak-budakan.
Dalam mana-mana negara yang mengamalkan budaya dan konsep federalisme berkuasa, rentetan fenomena yang sedang melanda sebuah BEKAS negeri Melayu Bersekutu ini menjadikan kita semua celik sejarah dan celik undang-undang.
Sekarang semua orang akan bercakap tentang perundangan dan peradaban dalam konteks perlembagaan Malaysia.

Anonymous said...

Kalau di negeri yang di bawah naungan jin...jin ler lantik.

Perak entoh le pulok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails