Thursday, May 14, 2009

Gebang-gebang Blogger -Ibnu Hasyim/SanggahTokSago


Khamis, 2009 Mei 14

"Gebang-Gebang Blogger" bincang cara telus isu-isu semasa!



PERTEMUAN saya dengan blogger Ibnu Hasyim atau Dr Mohd Hasyim di sebuah restoran tengah malam tadi cukup menarik. Sekian lama tidak bertemu, maka malam tadi akhirnya kami berjumpa. Kesibukan masing-masing, menghadkan kerancakan silam dalam memecah minda seperti kelazimannya.

Beliau pula asyik terbang ke luar negara atas urusan kerjanya. Kadang-kadang dijadikannya aktiviti pengembaraan sahaja. Dulu hampir sebulan berada di Indonesia. Kemudian di Kemboja. Lepas itu ke Thailand.

Semalam katanya, akan berangkat ke Indonesia jauh ke selatan hampir dengan kepulauan Fiji. Lepas itu nak ke Filipina.

Jadi kesempatan semalam, membincangkan beberapa perkara lama yang diperkasakan semula. Beliua juga turut menaikan motivasi saya dalam dunia kewartawanan dan penulisan blog. Saya tidak pernah lupa, Dr Mohd Hasyim adalah orang yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik pertama saya.

Bermula dari situlah, minat saya membara menulis dan menulis khususnya dalam kampung politik tanahairku. Semalam, kami bersetuju untuk menganjurkan "Gebang-Gebang Blogger" - suatu program sesi cakap-cakap yang menampilkan dua atau tiga blogger bagi mengupas tajuk atau isu yang diangkat.

Barangkali isu "Matinya Demokrasi Di Perak" atau "Mengapa BN takut Pilihan Raya Di Perak?" sesuai untuk diperkatakan dengan mengundang blogger Penarik Beca, Ibnu Hasyim dan Detikdaily. Sementara Sanggahtoksago menjadi moderatornya. Blogger-blogger lain juga akan diundang dari masa ke semasa. Saya sedang merancang aktiviti ini dan akan dimaklumkan kemudian.

2 comments:

Qorie Afifi said...

Sesekali boleh panggil blogger AZLI SHUKRI kalau nak dengar celoteh umno.

PG said...

Salam Pak Hashim..
Kalau nak ke Filipina,
Jangan lupa ke Mindanao,Cottabato,Tawi-tawi,Marawi,
Gensan,Davao.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails