Tuesday, May 12, 2009

“Kita Menang 2, Kalah 1. Ini Bukan Penghujung…” Kata Datuk Seri Najib.

Rakyat yang menang..



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno akan memikirkan jalan penyelesaian terbaik berhubung keputusan mahkamah semalam yang memutuskan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Najib berkata, keputusan mahkamah itu bukanlah sesuatu yang melemahkan semangat Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kita akan hadapi cabaran dan dugaan apatah lagi dengan keputusan mahkamah pada hari ini… Sepatutnya hari ini, kita sambut dengan cukup meriah tapi kita sambut dengan sebaliknya selepas mengetahui keputusan mahkamah pada hari ini," kata beliau dalam ucapannya sempena sambutan ulang tahun Umno ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi.

Jelasnya, jika dilihat kembali sejarah, parti itu pernah menerima keputusan mahkamah yang mengharamkan Umno dan mereka telah bangkit dengan membina Umno yang baru. "Saya percaya semangat yang sama kita perlu ada. Kita menang dua kes mahkamah sebelum ini, kita kalah satu… Kalau dari segi moralnya kita menang dua kalah satu. Ini bukan penghujung jalan… Insya-Allah saya dan rakan-rakan saya dalam MT Umno akan memikirkan jalan penyelesaian terbaik yg boleh diambil untuk Umno dan BN dalam menghadapi keputusan mahkamah yang diumumkan hari ini… Mudah-mudahan akan beri petunjuk kepada kita untuk membuat keputusan yang terbaik demi masa depan perjuangan kita," katanya.

Turut hadir adalah Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; ketiga-tiga Naib Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; ahli-ahli MT Umno; bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Mohammad Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails