Monday, May 11, 2009

Detik –Detik Nizar Lwn Zambry.


BERIKUT adalah perkembangan susulan kes permohonan mempersoalkan kesahihan Menteri Besar Perak.

6.30 petang: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, BN akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah mengesahkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan mahu warga Perak bertenang.

6.10 petang: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah mengeluarkan arahan tiada pihak yang boleh mengadakan perhimpunan dan perarakan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

5.30 petang: Pasukan FRU diletakkan di kawasan sekitar bangunan SUK Perak.

5.05 petang: BN Perak menghormati keputusan mahkamah yang sahkan Nizar; kosongkan bangunan SUK dengan segera, kata pembantu Zambry Abdul Kadir.

4.43 petang: Nizar mengambil keputusan pertama menggantung penasihat undang-undang negeri Kamal serta-merta.

4.30 petang: Nizar akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok pagi di Istana Kuala Kangsar bagi memaklumkan secara rasmi keputusan mahkamah.

4.15 petang: Kira-kira 30 penyokong Nizar berkumpul di luar perkarangan kompleks mahkamah sambil melaungkan laungan 'Reformasi'.

4.15 petang: Mahkamah menolak keputusan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tapi boleh kemuka rayuant rasmi.

3.45 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

3.30 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim sedang membaca kertas penghakiman.

2.30 petang: Mahkamah mula bersidang.

2.15 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah.

1.58 tengah hari: Barisan peguam kedua-dua pihak - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berada di depan Mahkamah Tinggi Dagang 8. Kelihatan juga segelintir penyokong mula berkumpul, menunggu masa untuk masuk ke kawasan mahkamah.

1.20 tengah hari: Keadaan masih masih lagi tenang. Kelihatan beberapa trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah.

1.15 tengah hari: Wartawan mula berkumpul di hadapan mahkamah.(2MA)

1 comment:

Kelana said...

Salam..

Syukur Alhamdulilah. Segala puji2an utk Allah krn membantu hambanya yg sentiasa difitnah oleh UMNO durjana.
Raja Nazrin bertitah pd DS Nizar, baginda nak bersama2 beliau. Alhamdulilah, Allah makbulkan hasrat baginda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails